Alhamdulillah.
tenang rasanya hari ini.
satu-satunya program rasmi Ohana GX3 utk sem ini dapat diadakan.
GX3 Grand Solat Hajat & Masterchef.
Semester ini sangat dahsyat kesibukannya.
semester pertama tahun kedua.
Apa yang sibuknya?
# TAARUF Week (minggu suai kenal my juniors :)
# IKOD (IIUM Kuantan Open Day)
# K-XAC (Kulliyyah of Allied Health Sciences Exhibition and Carnival)
Tapi...
itu belum ditambah dengan perpindahan asrama (dari Mahallah Talhah ke Mahallah Fatimah az-Zahra).
beberapa masa diambil utk adaptasi. adopting new Mahallah. new surrounding.
Talking about classes,
we GX3 (biomed second year third batch in Allied Health Science Kulliyyah) did not always stick to a place for most of our classes.
kami selalu pindah-pindah tempat. awak bayangkan, kami semua 70 orang. we need a very large class to have a lecture except, dalam kelas BM, we had been divided into 2 classes.
NOMAD kami semester ni.
our classes:
Lecture Hall 1 (tapi, jarang sangat kelas kat sni :(
Lecture Hall 2
Auditorium Library (selalu kat sni, sejuk!! rsa mcm kat Ireland)
Main Auditorium ICRACU
Seminar Room Biomed Department
Multipurpose Room Libary
Classes at One Student Stop Centre
penat.
sibuk.
kelam-kabut.
serabut.
(kalau pandang dari satu sudut)
tapi,
banyak benda yang positif sebenarnya.
terutama, bila diberi peluang utk belajar erti memimpin.
memimpin orang lain,
tak bererti kita sisihkan kebajikan diri.
and i always get it wrong.
kenapa nak buat semua demi orang?
sebab, kita pemimpin?!
nope.
sebab itu, diri jadi cepat penat.
semput.
sebab nak senangkan hati semua orang.
i've a story to share with u.
hidup ini ibaratnya,
kita sedang menaiki tangga.
impian kita hanya satu.
menuju puncak.
pahatkan dalam hati:
"aku buat kerana ALLAH"
"Mecapai keredhaan Allah"
namun begitu,
dalam pendakian tangga,
pasti ada-ada aje halangan.
ada pendaki lain yang menghalang.
kata kita ni naik tangga lambat.
compare diri kita dgn org lain.
ada pendaki lain yang minta tolong.
dengan empati yang tinggi,
dihulurkan bantuan kepadanya.
orang lain pun sama.
nak memuaskan hati semua pendaki lain memang susah.
sampaikan, kita lupa
akan niat asal kita.
kita terlupa,
bahawa kita tolong orang itu sebab orang itu.
ya, sebab orang.
tolong itu bagus.
tapi, jangan lupa betulkan niat.
sambung pendakian,
kita dah rasa hampir nak give up.
penat sangat dengan macam-macam halangan ni.
kita tak tau,
betapa dekatnya kita dengan puncak itu.
(sebab tangga kan nampak sama je)
puncak itulah impian asal kita.
bertemu Allah.
bertemu dengan Dia dengan keadaan yang bahagia.
biar dihina orang
biar dicaci maki orang
biar dikiritik orang.
kisahkan kritikan itu utk memperbaiki diri.
jangan utk kita menghina diri sendiri.
jangan banyak pandang kelemahan diri.
ALLAH bagi kita banyak lagi kelebihan.
tak jumpa?
CARI!
begitulah umpamanya.
so, sekarang.
saya nak bagitau,
tahun ni, saya telah belajar dua perkara baru yang cukup bermakna dalam hidup saya selama 21 tahun ini.
1) common sense.
2) tenang saat berhadapan masalah-masalah atau situasi cemas.
alhamdulillah.
terima kasih kepada rakan saya itu.
esok, 2015.
jom mulakan dgn Target BARU!
![]() |
| abah, saya sayang abah! |
![]() |
| abah, senyumanmu menawan! |



























