Bismillahirrahmaanirrahiim.
 |
| eh, sapelah budak nih? (ihsan: pinterest) |
Teringat seorang sahabatku. yang minatnya pada bidang perubatan. Jatuh masa SPM, namun bangkit dan semangatnya tak pernah putus untuk dapatkan tempat dalam bidang tersebut. Dia sememangnya layak dan cukup bertuah! alhamdulillah, aku cukup gembira mendengar khabaran daripadaya bahawa dia dapat tawaran ambil medik di UPM.sementara waktu itu, aku masih di pusat asasi UIAM, bertugkus lumus juga, untuk mendapat tempat dalam medik, di UIA.
Namun, walau kami bersahabat. takdir kami berbeza. minat sama, tak semestinya pengakhirannya sama.
Aku ingin menulis dalam penuh kesyukuran, bukan keluhan bukan jua kelemahan. banyak hikmah yang aku perhatikan. aku juga pernah jatuh, jatuh tatkala SPM. keputusan UPSR dan PMR alhamdulillah dipermudahkan utk mendapat apa yang ku impikan. namun nasib tak menyebelahi pabila spm...bagiku, aku telah cuba sebaik upaya, namun belum rezeki waktu itu.
 |
| at cfs, once.. |
melangkah ke pusat asasi UIAM, dengan aim still nak medik, aku target dean's list every sem. masuk sebagai budak sains hayat. BIOSCIENCE. syukur utk 3 semester berturut-turut, Allah limpahkan rezeki dgn pencapaian targetku itu. saat di semeseter terakhir, keluar list nama student yang dapat tawaran tempat dalam medik. Dalam notis terbaru, kata 'mereka', nak tukaq ke critical course (medic, dentist..) perlu dpt 3.95 ke atas. ya ALLAH. time tuh, second last semester sebelum grad asasi. pointer baru 3.8..berat nak terima hakikat tu. bila dah makin hampir dengan apa yang kita nak, ubah skit je, lalu hajat tidak kesampaian.
semangatku tak pernah luntur. sama juga seperti sahabatku itu di saat dia tahun pertama di UPM ambil medik, aku di tahun kedua membuktikan pada diri sendiri aku juga mampu sepertinya. Tapi takdir Allah itu sangat cantik. di saat aku dilema. aku buat ujian personaliti. aku dapat Pathologist, or something yang berkait bidang bioperubatan. fikir, punya fikir. aku ubah fikiran utk ambil Allied Health Sciences = Biomedical Science. cerita pasa tukar kulliyyah from Science Ke Allied Health Science pun bukan senang. bergenang air mata. isi borang, jumpa sendiri head of department. kata Madam, kalau ada rezeki @ ada tempat, adalah rezeki. sedih. bergharap sangat. saat itu medik tetap tersemat kemas dalam hati. walau sekelumit tercalit rasa kecewa, tapi tak mampu buang rasa minat yang cukup mendalam dalam perubatan.
Syukur berganda-ganda. mendapat tempat akhirnya dalam bidang bioperubatan. dalam carian di gugel, ramai yang cakap, masuk biomed, keje lab. Hello?! itu satu stigma yang menyebabkan sains bioperubatan tak langsung dikenali. even aku kenal bidang ni masa asasi. Dari tujuh tahun duk pegan gnak ambil perubatan. rupanya-rupanya Bioperubatan yang menjadi terminal persinggahan. aku sentiasa fikir positif. Allah bagi tempat dalam bidang ni mesti ada sebab. mungkin nak ubah sesuatu dalam bidang perubatan yang kebanyakan orang 'take it for granted', maybe?
Aku dlu, pada awalnya tahun pertama di UIAM Kuantan, kampus sains dan kesihatan, aku sedikit cemburu melihat student medic. dengan lab coat mereka. jealous sgt. rasa rendah diri sangat. tapi, tapi, semakin aku membiasakan diri dengan tag 'aku budak biomed', aku makin suka dan bertambah-tambah terbuka dengan kos ini.
Ya, kami belajar hampir sama macham medik. cuma part kami, lebih fokus pada benda-benda yang kecik, yang tak nampak dari luaran tubuh manusia. contohnya?
-sel (anatomy)
-sistem2 dalam badan (fisiology)
-macam mana badan bertindak bila benda asing masuk (Immunology)
-diagnosis apa yang doktor patut pakai utk test penyakit apa (Clinical Biochem, Haematology)
-sistem apa yang cekap dan membantu kurangkan human error dalam medik (Health Informatics)
-pathogen apa yang baik atau yang bahaya (Microbiology)
-dan yang penting..kami ada subjek2 tambahan macam Philosophy of Science, Ethics, Knowledge, Islamic Worldview, Health Management, Health Communication, Critical Thinking, Parenting, Leadership, Study circle, Skills.
 |
| ihsan: google |
Lagi nampak jelas hukmahnya saat aku warded pada 29 April lalu. kesian kat doktor. mereka busy. ada yang mcm kena marah dgn senior2. ada yang subhanallah cukup baik, selalu ingatkan patient tentang solat. ada juga yang mcm tak seperti disangka pesakit. i expect all doctors would be caring always. but since diorang busy, kita tak boleh la sangka yang 24 hour diorg dapat bagi full attention pada seorang pesakit. tapi aku paling suka bila doktor menjaga ikhtilat. menjaga adab dan menjaga maruah patientnya. kalau semua dokter muslim macam ni, aku rasa semua hospital kerajaan boleh jadi hospital ibadah kan. moral dan etika serta empati dan ehsan patut ada pada setiap orang. pesakit pun perlu belajar acam mana nak hormati dokter dan staf dan pesakit lain.
 |
| smile as u can |
As a conclusion, love what u have.
love what u do. forget hate. forget pain and hardship. enjoy difficulties.
done luahkan perasaan. janji suka pada kos bioperubatan skang ni.
lepas ni, ada rezeki sambung lagi. sambung master jom?
Ha, dah rasa macam bagi lecture kat student2. hehe.
okaylah, till then, kita jumpa lagi.
sumber gambar:
http://www.aliexpress.com/popular/baby-doctor-outfit.html