Menatap Hikmah Dari Mata Hati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*baru bagi salam, tapi ah dpt rasakan betapa teruja utk berkongsi pengalaman ah dpt sepanjang ada di bumi bertuah, UIA Kuantan, Kampus Indera Mahkota.

Kalau awk tanya sy kan,  

APA YG BEST SGT DEKAT UIA KUANTAN?


Deeply in my heart, although i've been here not yet for a year, but i think, there are a lot of sweet memories here :)

1) UIA is a nature-friendly university. i'm sorry if i'm using broken definition. apa yg sy nak kongsikan, ialah UIA kat sini sukar dipisahkan dgn alam semulajadi. dekat belakang mahallah (asrama), boleh nampak keindahan bukit bukau yg masih terpelihara. kalau awk suka tasik, awk sangat dialu-alukan utk datang ke sini. ada 3 tasik berdekatan, yg indah dipandang. satu, tasik bandar (dekat dgn SUKPA, luar Uia, tp pegi jalan kaki pun dekat jer). next, 2 tasik lg ada kat dlm area UIA ni. kat mana? di hadapan masjid & di hadapan Mahallah Maimunah. kalau ckp pasal sungai pula, sebelah bilih ah ni, korang dpt lihat ada sebatang sungai yg alurnya sgt 'kurus'. kenapa? air yg turun dari bukit sedikit sahaja, namum masa banjir, memang banyak sgt! memanglah, da banjir namanya kan.. last but not least, sy sgt menghargai persekitaran HIJAU yg susah nak dpt time belajar di area KL dlu.  

"pepohon hijau merimbun, dihiasi pula dgn langit yg biru menenangkan jiwa saatku berjalan menuntut ilmu. seolah2, setiap apa yg ku nampak di sini, akan mengingatkanku akan kebesaran ILAHI. alhamdulillah"



2) UIA ada Biah Solehah. Ape tu? yg sy faham, biah solehah ni merujuk kepada persekitaran yg baik, saling mengingatkan saudara-saudara seIslam tentang agama kita yg tidak boleh dipisahkan dgn kehidupan seharian kita. contohnya? 
-pakaian sisters & brothers yg menutup aurat. even semasa bersukan.
-masjid yg terletak berhampiran mahallah. azan kedengaran dgn jelas, dan khutbah Jumaat pun sisters dpt dgr wlau dari sekitar mahallah.
- tazkirah ( sesi peringatan ) yg sering diamalkan oleh student and even lecturer sendiri. almost in every lecture, mesti prof atau doktor akan selitkan perkongsian utk mengingatkan kita ttg ajaran Islam. indahnya Islam bila ia tidak dipisahkan walau satu sudut pun dari kehidupan kita.
- mulakan pelajaran dgn doa. rasa mcm kat sekolah dulu :)
- TAMAN2 SYURGA yg seringkali singgah di bumi uia ni. banyak ceramah, forum, bicara santai, dan program-program dianjurkan utk santapan rohani yg kehausan.


3) Mahallah Talhah dan Mahallah Maimunah yg kondusif. bukan hendak dibandingkan, cuma sy dpt rasakan yg asrama yg disediakan Uia ni, cukup selesa. Mahallah Talhah, itulah tempat sy berehat setelah penat seharian mengutip mutiara2 ilmu. bilik sy, di tingkat 4, paling atas dan paling hujung. in each room, there are 4 compartments. ada divider khas yg memisahkan ruangan kami serumet (kwn2 sebilik). compartment sy ni, bersambung special sgt. bersambung pula dgn sebuah compartment lain. tp, compartment tu kosong, tiada org. but, apa yg specialnya, ialah, tingkap compartment sy, betul2 menghadap masjid dan sebatang sungai. berhampiran dgn tingkap, letaknya meja study yg selesa. cuma, sy perlu letak bantal dekat kerusi sbb kerusi sedikit besar. setiap kali setelah capek (penat) study, sy merenung jauh ke luar tingkap. itulah hobi sy.  

"melihat keindahan alam yg mendidik jiwa sy. yg istimewa lagi, masjid ni seakan2 memanggil sy utk berkunjung ke sana. subhanallah"


4) sahabat2 yg baik dan pensyarah2 yg Islamik. di sini, bukan semua student datang dari sekolah agama. even me, sy dulu sekolah kat sekolah menengah harian biasa, kemudian berpindah ke salah satu sbpi di Selangor. jadi nak cakapnya, sahabat2 kat sini saling mengingatkan antara satu sama lain. contoh?
-budaya senyum.
-budaya bagi salam walau org yg kita temui kita tak kenal pun
-pemakaian 'inner' tudung, armsock (stoking lengan) dan stoking tak kira masa. tak susah sebenrnya. bila kita lihat kawan2 pakai pakaian menutup aurat, insyaALLAH diri ini akan rasa ada keinginan utk turut bersama, menjadi seorang yg lebih solehah atau soleh.
sememangnya, sy suka dgn suasana ini. orang yg tau mengenai agama, akan menasihati rakannya ke arah kebaikan. bak kata org kelate, 

"u never walk soghe"

hihi, pehe dop?


setakat ini sahaja, yg mampu ah kongsikan bersama. insyaALLAH, this weekend, ada sekumpulan pelajar CFS IIUM kampus PJ yg akan melawat bumi bertuah ini. salah seorang penyambut tetamu tak lain tak bukan, akak ler. ^_^
semoga gambaran yg akak kasi ni, dpt menjawab persoalan adik2 berkenaan suasana di Uia Kuantan, pada 2013 dan 2014. 



Di sini, ada beberapa keping gambar yg sy nak kongsi.

Compartment Kecilku




bersambung dgn compartment sebelah





dilihat dari tingkap bilik ah




masjid, di waktu fajar menyingsing..


Semasa Family Day di Sport Complex




Kredit to kawan GX3 yg rajin ke sini :)







A View from My Kulliyah (nak hujan tu..)



my lecture hall aka my classroom



My Very Big Family (biomed 1st year 2013/2014)





A View from Level 2 library UIA Kuantan!



salam sayang dan rindu :)
*jgn lupa jawab salam.
(waalaikumussalam)
terima kasih kerana mendoakan sy. 
 
Semoga awk2 sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara yg terjadi dalam kehidupan kita.