Today i learned two big things in my life.
1) to not expecting me and accepting me as a boss (as a
leader actually) as I rather prefer to be a helper as it taught me to be more
sincere.
2) to be able to feel enough, and everything that i get in
this life is more than i begged for, more than I deserve and more beautiful actually.
Just because, time. Time
that he had given to each of us, we often ‘lagho’ by taking it for granted. Hm,,
malaslah nak buat apa-apa hari ni. cuti masih panjang. Rileks la.
Ya, ada masanya kita bagi ruang utnuk dir rileks, tapi bukan
sepanjang hari. 24 jam itu, nazihah, sangatlah bermakna setiap saatnya bagi
seorang yang sedar akan ajal yang menunggunya
tidak lama setelah surutnya 24 jam itu dari detik waktu.
Untuk pencerahan, the first thing that i learned today, is closely
related to my work in co-curriculum. In club. In programme. Aku tak rasa yang
aku ini selesa menjadi ketua. Paling tak best, ialah bila aku beranggapan
seperti aku ini boss. Aku ini ketua. Yang bertugas memantau orang-orang yang
bekerja bersamaku. Serius rasa nak quit je. Rasa nak tangguhkan kerja tu. Rasa macam
geram ada jugak bila aku refleks balik diriku dalam ke-bos-an. Aku tak mahu jadi
ketua. Aku tak rasa betapa tenang nak galas tanggungjawab tu. I just wanna be a
helper. A team helper. Not a slave that i used to be while galas-ing
(menggalas) jawatan kedua tertinggi dalam sesebuah kumpulan. aku rela
disusahkan daripada menyusahkan kalian. Aku rela menagis daripada melihat susah
dan terbebannya kalian untuk memenuhi permintaan ketua sepertiku.
Lalu, bagaimana ingin menjadi ikhlas? Ingin merendahkan ego?
Lantas melaksanakan amanah? Bagiku, baungkan segala nama yang ada atas bahu yang ku
pikul. Jawatan ketua ke,penolong ke, setiausaha ke, person in charge ke, sila
buangkan ke belakang rumah. Anggaplah itu, sekadar kenangan dalam kertas
sijilku nanti. Tapi, tetapkan hati untuk buat kerana ALLAH. Macamana? Macamana?
Engkau cintakan DIA kan? Buatlah dengan berkeyakinan, setiap usahamu akan
dinilai ALLAH. Engkau ingin meraih
perhatian ALLAH kan? Jadi,jangan kisahkan manusia yang menghalang, asalakan
kau buat keran Tuhan dan mengikut arahan ditetapkan selagi tak bercanggah
agama. Selain itu, aku bersemangat bila aku beranggapan, inilah kali terakhir
aku dapat berjasa dalam sesuatu program, atau organisasi. Jadi, aku tak mahu
buat cincai dan lepas ni sudah tiada peluang kedua mungkin.
Perkara kedua, iaitu untuk DAPAT merasai cukup dan melebihi kecukupanku dengan segala nikmat yang ALLAH berikan. Ya, cuba ingat balik,berapa
banyak doa yang ALLAH sudah makbulkan? Kalau masih ada belum, mungkin memakan
masa sedikit lama atau sebentar lagi, atau mungkin sudah diganti dengan yang
lebih baik atau mungkin doa itu adalah pelaburan kita untuk dunia kekal iaitu
akhirat. Sungguh, kata-kata aina roommate ku menasihatiku dalam ikhlas bersabar
(pengajaran daripada cerita Munafik) benar-benar mengubah pandanganku akan
kesusahan yang aku hadapi. Betulke aku bersabar? Sabar apa kalau masih
merungut? Dan jika di kaitkan dengan syukur, subhanallah, sabar itu memang
indah. Indah sekali bila ia membuahkan kesyukuran akan apa yang kita telah
perolehi. Aku suka melihat kartun seorang budak lelaki ini. Ada seorang yang
mendapat sepotong kek tapi reaksi mukanya sangat gembira. Seorang lagi mendapat
sebiji kek (bak hang, yang besar tu) tapi ada sepotong (mungkin satu per
sepuluh) daripada kek itu yang hilang. The second boy was disappointed and sad.
So, aku berazam nak jadi macam the first boy. Walau apa yang aku dapat, ia
cukup untukku. In sya ALLAH.
Satu lagi, aku seorang yang sangat ingin dihargai
dan disayangi. Aku mengharapkan kasih seorang ibu, tapi aku sedar, aku cukup
besar untuk dimanjakan. Aku mengharapkan agar lelaki yang aku
sukai, menghargaiku, tapi itu tak mungkin berlaku. Lalu, patutkah aku kecewa? Sedangkan
begitu banyak nikmat ALLAH yang telah dihadiahkanNYA? Tidak, aku tidak kecewa. Mungkin
aku sedih, tapi cukuplah, ia normal sebagai manusia yang penuh perasaan dan
tisu hatinya sepertiku. Sebelum ku noktahkan, aku tidak ingin kecewa dan merasa
kecewa. Tidak ingin. Ingin ku letakkan ALLAH dan cukuplah ALLAH memberi sepenuh
perhatian, penghargaan dan kasih sayangNYA buat diriku. Aku hamba yang
kehausan. Tidak dapat meminta diberi sayang itu melainkan diizinkanNYA. Aku tak
mampu meminta kalian menyayangiku, tapi aku berdoa agar mendapat kasih sayang
ILAHI. Cukuplah DIA di hati. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk mengisi cinta hati
yang memberatkan hati dan tidak tahu adakah itu realiti.
sekian, aku tak mahu hati rasa susah hati.
jadi, aku tak tahu apakah yang aku nanti.
yang aku sedar, aku perlu selalu muhasabah diri.
agar tak hanyut ditelan usia.

