pernah tak rasa..bila sebelah tangan tak mampu untuk berfungsi normal sementara waktu?
pernah tak rasa jauh sangat..sampai lupa Allah itu dekat dengan kita?
pernah tak rasa, sakit itu bukan secara fizikal? tapi perasaan?
pernah tak rasa rindu yang tertusuk seumpama itulah satu-satunya hasrat hati? tiada selainnya.
itulah yang aku sedang rasa.
Dari fasa sakit.
Ke fasa menahan malu.
Dari fasa kuat.
Ke fasa sedikit rapuh.
orang expect aku jatuh sebab motor.
gengster la konon.
tp bukan itu takdir Tuhan.
DIA menutup keaibanku,
lalu jawapan yang keluar dariku,
"jatuh selepas amik wudhu"
DIA yang menutupi aibku. alhamdulillah.
Allah beri aku peluang dirikan solat Asar.
saat tangan sedang menggigil.
Allah datangkan pertolongan,
saat tiada siapa sangka ada yang sudi, walau kesibukan.
Allah aturkan semuanya lancar,
jumpa dr, masuk wad, operate, masuk antibiotik, keluar hospital, berehat sebelum cuti pahang habis, beri aku cuti sakit selama 33 hari tapi diri masih gagah dengan sebelah tangan yang cukup berjasa, luka operate yang makin baik sampai nurse tak kasi dah aku pegi 'cuci luka' lepas dua hari follow up dgn klinik, roommates yg sgt cukup membantu, rakan-rakan yang sentiaa bersedia bagi tangan utk menolong, lecturer yg prihatin lagi penyayang, pak cik bas yg baik hati, budak uia yg ada memahami walau tak kenal rapat, dan macham-macham lagi.
Subhanallah.
Jujur aku katakan,
dalam tempoh aku dalam wad dan selepas pembedahan.
diri ini mudah dan senang tertidur.
mungkin inilah kerehatan yang diberi.
aku kerap bermimpi.
mungkin banyak yang aku fikirkan.
bukan. tak banyak pun.
tapi, apa yg aku mahu atau terlintas, itulah yg hadir dlm mimpi.
mimpi.
melewati saat hingga ke harini,
alhamdulillah,
mimpi itu kian tiada,
menyatakan bahawa aku mendapat tidur yg lena.
Tngan kananku banyak mengajar tangan kiri utk berfungsi.
aku tidak dapat menadahkan tangan kiri utk berdoa sebagaimana tangan kanan mampu buat.
tangan kiri yang ku anggap 'adik' ini, semakin hari semakin banyak pergeraka yang mampu dibuat.
cuma, aku belum cukup kuat dan mampu utk mengangkat tangan kiri utk takbiratul ihram. bila ku cuba sekejap tadi, tangan itu menggigil.
sabar ya 'adik'.
ini masanya Allah bagi peluang agar dosa kita diampunkan.
bukankah ada hadis yg menyatakan...
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kehawatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya karenanya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)
![]() |
| i miss her |
and i will keep moving on.
ummi pernah kata,
sabar dan kuatkan azam dalam apa jua keadaan sekalipun.
dan umi pernah berharap agar aku sentiasa tenang dan bersyukur kepada Allah.
sayangnya Allah pada kita semua kan.
alhamdulillah.
