.BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
Pernah hilang barang? Bertenang, bertenang. Pendapat Ah,
setiap orang pernah walaupun sekali dalam kehidupannya merasai kehilangan
sesuatu.
Bukankah ALLAH pernah berfirman:
“Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat 155)
Nak dijadikan sebuah catitan hidup, pengalaman ini masih
baru masih segar dalam ingatanku (ececeh, bersastera skit). Ia terjadi sehari sebelum balik kampong untuk
cuti pertengahan semester. Selepas cuti tuh, terus akan exam mid semester yang
berederet. Seusai Maghrib sebelum hari itu, Ah bercadang untuk susun balik
nota-nota dan buku-buku catatan. Semua ada. Subjek Biokimia, Immunologi, Falsafah,
Mikrobiologi, Hematologi kecuali.....satu ni. Dicari-cari lagi. Dalam beg
sekolah, tak ada. Beg pegi pasar (kaler pink tu), pun enggak ada. Atas meja.
Bawah helaian fotokopi nota, tidak ada. Rak buku, pun tetap tidak dijumpai akan
buku itu. Buku nota kesayangan tuan hamba. Bimbang dah ni. Baru ingat, lepas
susun nota-nota semua, nak ulang kaji malam tu. Hati mula resah. Berfikir.
Macam mana nak fikir kalau emosi tak stabil, duk bimbang ke mana hilangnya buku
itu?
“buku tu paling penting kot, macham-macham perkara penting
Dr bagitau dalam kelas, aku tulis dalam tu.”
“takde buku tu, macam mana nak study?”
“nak buku tu..sobsob”
Ah fikir balik, di mana kali terakhir Ah bersama buku itu.
Rak di luar Exam Hall? Dalam Common Room sisters? Ke dalam Seminar Room?last
time ah pegang buku tu, masa tu kelas Immunologi. Lepas kelas tu baru pi Exam
Hall. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Minta tolong Fika bawakkan motor supaya Ah
dapat ke Kahs malam tu juga.
KAHS. Kulliyyah of Allied Health Sciences. My Kulliyyah
building <3
Suram. Senyap. Sunyi. Berdua dengan Fika pegi cari buku nota
itu. Setelah dua tempat tak jumpa, Ah pegi ke tempat terakhir. Lampu terbuka.
Malam itu, lampu seminar room terbuka. Ah berjengket utk tengok deretan kerusi
dalam Seminar Room. Ada satu kerusi ni, susunannya agak ‘lain’. Alhamdulillah. Atas
kerusi itu, jelas kelihatan buku lathan NoteBook A.Immuno (buku ah yang hilang
itu!). ingin dibuka pintu, semua berkunci. Sedihnya. Tak dapat ambil. Esok
paginya dah nak balik kampong. Kami pulang seusai itu. Cukuplah hati ini tenang
kerana ALLAH telah tunjukkan di mana bukuku yang hilang itu. Lega. Syukur.
*tammat*
Jadinya, ah mungkin tak mampu untuk membantu kalian mencari
barang yang hilang itu. Tapi, ah ingin berkongsi tips bila berada dalam situasi
kehilangan ini. Ah tau, mungkin akan risau, takut, sedih, tak leh terima
kenyataan, tak tau nak buat apa.
Tips mencari barang yang hilang:
· Ingat ALLAH. Luahkan pada Dia sebelum bagitau
sesiapa.
·
Bertenang. Jangan kalut.
·
Rasionalkan fikiran.
·
Tanyakan diri atau orang di sekeliling
-BILA KALI TERAKHIR BARANG ITU ADA DENGAN
KITA?
-DI MANA KALI TERAKHIR BARANG ITU KITA
NAMPAK?
-ADA SESIAPA YANG TERNAMPAK TAK BARANG ITU?
·
Cari di tempat kejadian.
·
Postifkan diri bahawa kita akan menjumpainya.
·
Sentiasa ada back up plan. Jika memang benar
barang itu hilang, adakah kita boleh menggantikannya? Atau boleh menggunakan
barang lain yang sama nilainya?
·
Berdoa tanpa putus. Dengan penuh pengharapan.
Ikuti adab2 berdoa.
Konklusinya, tiada satu pun benda yang
kekal melainkan ALLAH. Hilang itu satu ujian untuk menguji kesabaran dan
kebergantungan kita dengan Tuhan. Jika sayangkan sesuatu, sayangilah seadanya.
Kerana berkemungkinan, apa yang kita sayangkan itu akan ‘pergi menghilang’.
Ingatlah tiada satu apa pun yang kita miliki (barang, harta, nyawa, keluarga,
hatta roh dan jasad sekalipun) melainkan semua itu kita pinjam daripada Ilahi.
Diberi pinjam tanpa dikenakan caj. Tiada yuran. Jika apa yang kita pinjamkan
hilang, positifkan diri, semua itu ada hikmahnya. Allah nak gantikan sesuatu
itu dengan perkara yang lebih baik. Dihilangkannya buat sementara waktu supaya
kita sedar. Kelalaian kita sendiri, mungkin salah satu faktornya.
Sekian, semoga dapat membantu meringankan
rasa cemas di hati.
Wassalam.
Daun selasih daun saderi,
Terima kasih jumpa lagi :)
*dengan izin ALLAH, amen*
#adoringthissong
#lapangdada
#sheilaon7
 |
| with Allah's blessing :) |