[post#1 semester#1 tahun#3]


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Semester ke-5 (budak uia  tak panggil sem 5, tapi 3rd year). Third year, first semester.
Pernah suatu saat tu, masa aku berkenalan dengan seorang sister semasa bermain squash, katanaya dia second year. Baru nak cakap (tambah terdepan ‘cakap’), yang aku ni second year jugak, tapi nasib baik sedar diri semasa memperkenalkan diri.


Al-kisah hidup sekuntum bunga mawar dibumi indera mahkota, sudah tidak mampu ku taipkan bait-bait perincian bagaimana, apa, di mana, siapa, kenapa dan apa peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.


Tapi, ingin ku gembirakan hati ini, dengan berkongsi pengajaran yang tidak mahu aku asingkan dalam perjalanan mengembara di bumi indah ini,bumi yang kaya dan dekat dengan alam semula jadi.


Bermulanya semester kali ini, dengan tanggungjawab sebagai seorang ahli komiti program Taaruf. Biro yang tidak terlintas untuk aku mampu menggalasnya, namun kerana keadaan fizikal yang baru pulih dari kecederaan kecil pada tangan kiri, ku letakkan jua unit Disiplin dan Ibadah sebagai unit pilihan PERTAMA. Kerana kemampuan fizikal, pada pandanganku, tidak seberat tugas Welfare & Welcoming yang setia menjaga adik-adik sedari hari pertama hingga saat-saat akhir tamat program.


Kalini, dengan amanah baru, unit baru. Aku belajar perkara-perkara baru:
-Cuba menepati waktu tanpa jam tangan. Dalam hidupku, jam merupakan benda yang penting tetapi kurang bernaib baik sekali apabila diuji jam tangan yang satu-satunya itu tidak berfungsi.  Hanya jam henset. Masih mampu melakukannya, bila aku sedar, aku ditaklifkan sebagai ahli unit disilin, tetapi bagaimana pengagihan waktu ku? Aku masih dalam proses belajar sewaktu program Taaruf itu. Ada ketika, aku lambat beberapa minit. Itulah pelajaran. Malu. Malu bila diri lambat. Ibarat kita suruh orang ikut peraturan, patuhi waktu, tapi kita? satu lagi perkara berkait waktu ni, aku nak share satu tips. Kalau kita nak orang menepati waktu, cuba gatal tangan untuk taip kat whatsapp group yang kita dah sampai kat tempat (yang dijanjikan) tu. cakaplah, saya dah sampai, mana korang? Dah pukul 8.01 pm ni, kata meeting pukul 8.00?? mesti gelabah punya ahli lain nak datang meeting. Bila dah sorang dua cakap ala-ala dah ada datang awal, yang lain tak terasa ke nak cepatkan langkah?


-Cuba dan alhamdullillah dapat menjaga batasan sepanjang bekerja, terutama sesama ahli disiplin sendiri. aku sendiri macam tak percaya. Yang kita mampu sebenarnya untuk menjaga batasan, walau sewaktu bekerja even memerlukan komunikasi. Mampu untuk tidak private mesej dengan berlainan jantina walau dia ketua, dan kita penolong. Serius, ini memang suatu anugerah yang mengubah kebiasaan yang sebenarnya mampu ditegah. Ya, aku hanya seorang penolong ketua unit. Memang memerlukan komunikasi yang baik terhadap ketua unit terutamanya, dan komunikasi itu masih tetap berjalan lancar walau hanya berhubung melalui GROUP whatsapp yang turut disertai oleh Ustaz kami, sebagai guru pembimbing. Yang penting, kalau nak tanya ketua apa-apa benda, tanya terus bila dah ada masa meeting atau di luar meeting atau di alam realiti(dan tak perlu berhubung melalui maya). Tapi kalau tak ada, CC kan aja melalui whatsapp group. Sirius, ini benda baru yang efektif dan bagus apatah lagi untuk menjaga budi bicara dan pergaulan dan niat masing-masing untuk bekerja. Tiada yang lain selain urusan kerja. Jika terpaksa private mesej, tengoklah kesesuaian waktu, urgent ke tidak, dan watch out perkataan-perkataan yang digunakan serta elakkan smiley. Elakkan emoticon.



-Cuba menjadi garang, walau dalam hati, merayu untuk TIDAK GARANG sebegitu. Ya, jiwaku sedari zaman belajar asasi, lebih kepada Welfare. Memang lain personality dengan seorang ahli disiplin. Fuh. Penat. Penat bila kena berlakon jadi garang. Sebenarnya aku hanya garang di rumah terhadap adik-adik ku yang tiga lelaki + seorang perempuan. Aku tak mampu garang dengan rakan sebaya, sebelum ini. Tapi kerna terpaksa disebabkan amanah untuk menjaga disipilin dan ibadah, aku cuba. Dan telah cuba. Dan telah menjadi  sangat garang beberapa ketika (walau aku tak rela).


done. post#1

alhamdulillah.



^_^