*syukur yang syahdu merindu*




Hari ini ada 2 nikmat yang ingin hamba ini berkongsi cerita.

1) nikmat bila bersabar atas ujian
2) nikmat mengatasi 'alahan'

Ah (nama timangan yg diberi sejak zaman comel2 dulu).

# Nikmat PERTAMA;

bersabar atas ujian.
ah selama ini mengimpikan sgt2 utk jd doktor.
doktor perubatan.
telah mencuba sedaya usaha,
semungkin termampu,
dipermudahkan alhamdulillah,
namun ada 2 kali peristiwa besar :
yang akhirnya membawa ah
ke suatu bidang di luar jangkaan.
sains bioperubatan.

tapi, bukan kesedihan itu yg ah nak ceritakan.
ah dah rasa terharu maru, 
ah rasa bersyukur sgt,
bila harini,
ah sedar,

"ALLAH hilangkan seseorang daripada bidang itu(perubatan), mungkin sbb dia tak mampu, tapi ALLAH menggantikan  seseorang itu dengan kehadiran sahabat-sahabatnya yg hebat-hebat dalam bidang tersebut."


Jadi, sebenarnya, tiadalah kerugian malah keberuntungan bagi setiap apa yg ALLAH telah takdirkan. kita mampu berusaha. Dan itulah termampu yg ah telah lakukan. Di sinilah letaknya kebergantungan iaitu tawakkal kita pada keputusan ALLAH. ah tak dapat (mungkin belum, bukan tak dpt terus) ambil MBBS utk first degree, tapi ah rasa tenang dan excited dgn pillihan utk berada dlm sains bioperubatan. 

Ah sedar hari ni, betapa ah sebenarnya ada peluang utk bidang perubatan. melalui bidang sains bioperubatan a.k.a Biomedical Science, bukan sahaja memberi kesempatan utk ah membantu sahabat-sahabat yg bergelar Doktor, malahan dlm masa yg sama membantu pesakit-pesakit serta kakitangan hospital dalam bidang yg sgt luas ini.

Bukan jawatan atau title yg sepatutnya kita kejar, tapi keikhlasan biarpun serendah mana sesuatu pekerjaan itu dipandang orang. kita tak hendak pujian org, arwah umi ah pernah pesan bahawa pujian drpd orang itu ibarat kapas yang berterbangan. maksudnya, tiadalah makna apa-apa pun jika dipuji orang. kita sama-sama hendak menjadi hamba ALLAH yang hebat di sisiNYA. maka, bersabarlah. ALLAH MAHA MELIHAT. 

now, i had two choices: 
(if umur panjang in sya ALLAH, after degree ni)

(1) SAMBUNG MBBS 
- dlm kata lain ambil double degree. ah ada baca, kalau pd thn 2004, ada pihak mencadangkan graduan biomedik sambung bidang medik. sbb masa tu kekurangan tenaga doktor. dan graduan2 bertuah ini dgn cgpa 3.0 ke atas berpeluang melanjutkan pelajaran dlm bidang MBBS ni di Indonesia. byk universitas yg terlibat. sapa yg amik kat sana, dia masuk terus ke thn clinical years. tapi, ini dulu. sekarang dan masa akan datang ah x pasti adakah saranan pihak ini masih boleh diaplikasi.

(2) SAMBUNG MASTER THEN PHD
- ada 2 bidang kecil dlm sains biomedik ni yang menarik minat ah. pertama, bidang ergonomic. kedua, hematologi. bidang ergonomic byk berkait dgn kemahiran berkomunikasi, dan buat sesuatu utk memudahkan atau memberi keselesaan dlm sistem hospital. bidang hematologi pula berkait darah. minat darah? tak fobia ke? hehe, jawapannya YA sy minat. TAK, sy tak fobia. alhamdulillah. kalau betul2 ah ambil salah satu drpd bidang ni, jika berkesempatan, mahu diambil sampai PHD. sampai betul-betul pakar in sya ALLAH.

...........................fuih, lama gak menaip ni. meh sambung sikit lagi..................................



# Nikmat KEDUA;

alahan? ah alah pada AIR KOPI atau NESCAFE. ah ikut arwah umi. Bukan disengajakan, tapi ah memang pening meskipun kalau terbau air kopi atau nescafe. Pernah cuba diminum, tp memang tak sampai habis secawan, pastu pening. Pernah cuba atasi, dgn cara praltis biasakan diri dgn bau air kopi yg roommates ah minum. menjadi jugak, tapi tak lepas tahap 'boleh diminum'.

macam tak percaya, kopi pertama yg betul-betul ah dapat minum dan alhamdulillah rasa macam tak pening pun, ialah sewaktu ah berusia 21 thn beberapa hari. tadi sewaktu menemani Mak Ngah ziarah saudara kami, dihidangkan secawan kopi Radix seorang. Mak Ngah okay jah minumnya. ah set dalam kepala, ah mesti boleh minum kali ni. ah cuba menyenangkan hati puan rumah. it would be a pleasant if i can drink a cup of coffee even if once i could not. 

ah minum sampai HABIS. rasa gembira tak terkata masa tu.
 "lepas ni, ah da boleh minum kopi. tapi mesti letak susu pekat kot. kasi manis sikit :) hehe"


Betul tu!



pesanan saya utk saem-saem, kawan-kawan, sahabat-sahabat yang ambil MBBS,

"Do your most,outstanding and the best!
Keep your effort in sincerity, LILLAHI TA'ALA"

Menunggu untuk bertemu.
Bertemu tamu nan dirindu.