NOTA NASIHAT NAZIHAH 2


Today i learned two big things in my life.


1) to not expecting me and accepting me as a boss (as a leader actually) as I rather prefer to be a helper as it taught me to be more sincere.

2) to be able to feel enough, and everything that i get in this life is more than i begged for, more than I deserve and more beautiful actually.


Just because,  time. Time that he had given to each of us, we often ‘lagho’ by taking it for granted. Hm,, malaslah nak buat apa-apa hari ni. cuti masih panjang. Rileks la.

Ya, ada masanya kita bagi ruang utnuk dir rileks, tapi bukan sepanjang hari. 24 jam itu, nazihah, sangatlah bermakna setiap saatnya bagi seorang yang  sedar akan ajal yang menunggunya tidak lama setelah surutnya 24 jam itu dari detik waktu.

Untuk pencerahan, the first thing that i learned today, is closely related to my work in co-curriculum. In club. In programme. Aku tak rasa yang aku ini selesa menjadi ketua. Paling tak best, ialah bila aku beranggapan seperti aku ini boss. Aku ini ketua. Yang bertugas memantau orang-orang yang bekerja bersamaku. Serius rasa nak quit je. Rasa nak tangguhkan kerja tu. Rasa macam geram ada jugak bila aku refleks balik diriku dalam ke-bos-an. Aku tak mahu jadi ketua. Aku tak rasa betapa tenang nak galas tanggungjawab tu. I just wanna be a helper. A team helper. Not a slave that i used to be while galas-ing (menggalas) jawatan kedua tertinggi dalam sesebuah kumpulan. aku rela disusahkan daripada menyusahkan kalian. Aku rela menagis daripada melihat susah dan terbebannya kalian untuk memenuhi permintaan ketua sepertiku.

Lalu, bagaimana ingin menjadi ikhlas? Ingin merendahkan ego? Lantas melaksanakan amanah? Bagiku, baungkan segala nama yang ada atas bahu yang ku pikul. Jawatan ketua ke,penolong ke, setiausaha ke, person in charge ke, sila buangkan ke belakang rumah. Anggaplah itu, sekadar kenangan dalam kertas sijilku nanti. Tapi, tetapkan hati untuk buat kerana ALLAH. Macamana? Macamana? Engkau cintakan DIA kan? Buatlah dengan berkeyakinan, setiap usahamu akan dinilai ALLAH.  Engkau ingin meraih perhatian ALLAH kan? Jadi,jangan kisahkan manusia yang menghalang, asalakan kau buat keran Tuhan dan mengikut arahan ditetapkan selagi tak bercanggah agama. Selain itu, aku bersemangat bila aku beranggapan, inilah kali terakhir aku dapat berjasa dalam sesuatu program, atau organisasi. Jadi, aku tak mahu buat cincai dan lepas ni sudah tiada peluang kedua mungkin.


Perkara kedua, iaitu untuk DAPAT merasai cukup dan melebihi kecukupanku dengan segala nikmat yang ALLAH berikan. Ya, cuba ingat balik,berapa banyak doa yang ALLAH sudah makbulkan? Kalau masih ada belum, mungkin memakan masa sedikit lama atau sebentar lagi, atau mungkin sudah diganti dengan yang lebih baik atau mungkin doa itu adalah pelaburan kita untuk dunia kekal iaitu akhirat. Sungguh, kata-kata aina roommate ku menasihatiku dalam ikhlas bersabar (pengajaran daripada cerita Munafik) benar-benar mengubah pandanganku akan kesusahan yang aku hadapi. Betulke aku bersabar? Sabar apa kalau masih merungut? Dan jika di kaitkan dengan syukur, subhanallah, sabar itu memang indah. Indah sekali bila ia membuahkan kesyukuran akan apa yang kita telah perolehi. Aku suka melihat kartun seorang budak lelaki ini. Ada seorang yang mendapat sepotong kek tapi reaksi mukanya sangat gembira. Seorang lagi mendapat sebiji kek (bak hang, yang besar tu) tapi ada sepotong (mungkin satu per sepuluh) daripada kek itu yang hilang. The second boy was disappointed and sad. So, aku berazam nak jadi macam the first boy. Walau apa yang aku dapat, ia cukup untukku. In sya ALLAH. 

Satu lagi, aku seorang yang sangat ingin dihargai dan disayangi. Aku mengharapkan kasih seorang ibu, tapi aku sedar, aku cukup besar untuk dimanjakan. Aku mengharapkan agar lelaki yang aku sukai, menghargaiku, tapi itu tak mungkin berlaku. Lalu, patutkah aku kecewa? Sedangkan begitu banyak nikmat ALLAH yang telah dihadiahkanNYA? Tidak, aku tidak kecewa. Mungkin aku sedih, tapi cukuplah, ia normal sebagai manusia yang penuh perasaan dan tisu hatinya sepertiku. Sebelum ku noktahkan, aku tidak ingin kecewa dan merasa kecewa. Tidak ingin. Ingin ku letakkan ALLAH dan cukuplah ALLAH memberi sepenuh perhatian, penghargaan dan kasih sayangNYA buat diriku. Aku hamba yang kehausan. Tidak dapat meminta diberi sayang itu melainkan diizinkanNYA. Aku tak mampu meminta kalian menyayangiku, tapi aku berdoa agar mendapat kasih sayang ILAHI. Cukuplah DIA di hati. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk mengisi cinta hati yang memberatkan hati dan tidak tahu adakah itu realiti.






sekian, aku tak mahu hati rasa susah hati.
jadi, aku tak tahu apakah yang aku nanti.
yang aku sedar, aku perlu selalu muhasabah diri.
agar tak hanyut ditelan usia. 

Nota Nasihat Nazihah

assalamualaikum warah matullah kepada pembaca yang budiman.
hari ini nazihah ada nak share beberapa nasihat. 
untuk diri sendiri pada masa akan datang dan buat saudara-saudari, sepupu sepapat.

  • Bangun untuk qiamullail dengan diisikan perka-perkara bermanfaat itu memang sukar, apatah lagi kalau hati antara ingin atau sebaliknya. kalau perasan, mata yang dah celik pun dari tidur saat manusia lain tidur, senang utk diperdaya untuk meneruskan lena kerana tak tahan dengan bantal, dan tilam yang empuk, apatah lagi kipas berpusing-pusing menghembuskan kedinginan. jadi, seandainya, sudah bangun, PLEASE acknowledge that moment yang Allah berikan,untuk kita sempat melakukan ibadat. kita ni,(saya lah contohnya yang paling tepat), hanya nak 'mengadu' time-time nak sesuatu. time-time keliru dan buntu. time-time susah. kenapa lah diri dan jasad serta roh ini payah terpanggil untuk turut mengadu betapa bersyukurnya atas nikmat-nikmat yang datang daripada Allah. memang berat kan dugaan waktu senang. ingatlah ALLAH. sebagai contoh, ucap alhamdulillah dalam hati. pernah berlaku tak, masa kita bertahmid alhamdulillah, lepas be-be-ra-pa kali lafaz, hilang dah zikir tu sebab duk pikir benda lain, atau terleka dengan benda lain. khusyukkan hati, sebagaimana kita khusyuk tatkala menadah tangan nak sesuatu daripada ALLAH. biar ucapan tahmid tu sekuat doa kita panjatkan sewaktu kesusahan. biar diri ni insaf kita tiada bernilai apa-apa pun, walau segalanya kita miliki. sebab? sebab semua yang bernilai berharga itu kurniaan ALLAH. pinjaman daripadaNYA.

  • baru sedar tentang suatu perkara yang dipandang sedikit ringan dalam menutup aurat. untuk berpakaian yang tidak menarik perhatian. kadang-kadang pernah juga, terperasan bila kita pakai baju cantik, kita rasa ada mata yang memandang, lepas tu mulalah nak control. control jalan. gara-gara terperasan =,=. rasa sejuk mata memandang kalau memandang sekeliling yang berpakaian menutup aurat. lelaki yang memandang pun tak dapat 'imagine' dan tak sanggup nak buat yang bukan-bukan bila diri bertutup litup, bukan membalut nak kasi meletup. aduhai diri, buat apa menagih meraih perhatian seorang lelaki? (sebab takde calon lagi. adeh. ><) kenapa perlu menarik perhatian si cowok sedangkan ALLAH ada untuk bagi kita sepenuh perhatian. saya kagum dengan sahabat saya yang istiqamah bertudung bulat. terasa diri ini makin lama makin menghampiri fesyen muslimah yang bermacam macam ragamnya. namun diri masih juga belum temui fesyen mana yang tepat di hati. menepati syariah. rindu tudung bulat. tapi bertudung bulat juga perlu berhati-hati agar masa kita berjalan, tudung bulat itu tidak membaluti aurat. pemilihan warna juga faktor yang boleh menarik perhatian orang sekeliling apabila kita berhias. jadi, mari kita raih perhatian Ilahi daripada menjadi diri pujaan lelaki. lelaki datang dan pergi. lihat dan saksi. tapi diri yang sepi, kerana rasa makin jauh dari redha Ilahi. so, nak yang mana? jom revise balik apakah itu aurat dan macamana nak tutup aurat dengan sempurna.

sekian sahaja dariku. 
harapanku agar blog ini akan ku teruskan 
dengan nukilan nasihat untuk kebaikan bersama. 
^_^
in sya ALLAH.

ihsan google