NOTA NASIHAT NAZIHAH 2


Today i learned two big things in my life.


1) to not expecting me and accepting me as a boss (as a leader actually) as I rather prefer to be a helper as it taught me to be more sincere.

2) to be able to feel enough, and everything that i get in this life is more than i begged for, more than I deserve and more beautiful actually.


Just because,  time. Time that he had given to each of us, we often ‘lagho’ by taking it for granted. Hm,, malaslah nak buat apa-apa hari ni. cuti masih panjang. Rileks la.

Ya, ada masanya kita bagi ruang utnuk dir rileks, tapi bukan sepanjang hari. 24 jam itu, nazihah, sangatlah bermakna setiap saatnya bagi seorang yang  sedar akan ajal yang menunggunya tidak lama setelah surutnya 24 jam itu dari detik waktu.

Untuk pencerahan, the first thing that i learned today, is closely related to my work in co-curriculum. In club. In programme. Aku tak rasa yang aku ini selesa menjadi ketua. Paling tak best, ialah bila aku beranggapan seperti aku ini boss. Aku ini ketua. Yang bertugas memantau orang-orang yang bekerja bersamaku. Serius rasa nak quit je. Rasa nak tangguhkan kerja tu. Rasa macam geram ada jugak bila aku refleks balik diriku dalam ke-bos-an. Aku tak mahu jadi ketua. Aku tak rasa betapa tenang nak galas tanggungjawab tu. I just wanna be a helper. A team helper. Not a slave that i used to be while galas-ing (menggalas) jawatan kedua tertinggi dalam sesebuah kumpulan. aku rela disusahkan daripada menyusahkan kalian. Aku rela menagis daripada melihat susah dan terbebannya kalian untuk memenuhi permintaan ketua sepertiku.

Lalu, bagaimana ingin menjadi ikhlas? Ingin merendahkan ego? Lantas melaksanakan amanah? Bagiku, baungkan segala nama yang ada atas bahu yang ku pikul. Jawatan ketua ke,penolong ke, setiausaha ke, person in charge ke, sila buangkan ke belakang rumah. Anggaplah itu, sekadar kenangan dalam kertas sijilku nanti. Tapi, tetapkan hati untuk buat kerana ALLAH. Macamana? Macamana? Engkau cintakan DIA kan? Buatlah dengan berkeyakinan, setiap usahamu akan dinilai ALLAH.  Engkau ingin meraih perhatian ALLAH kan? Jadi,jangan kisahkan manusia yang menghalang, asalakan kau buat keran Tuhan dan mengikut arahan ditetapkan selagi tak bercanggah agama. Selain itu, aku bersemangat bila aku beranggapan, inilah kali terakhir aku dapat berjasa dalam sesuatu program, atau organisasi. Jadi, aku tak mahu buat cincai dan lepas ni sudah tiada peluang kedua mungkin.


Perkara kedua, iaitu untuk DAPAT merasai cukup dan melebihi kecukupanku dengan segala nikmat yang ALLAH berikan. Ya, cuba ingat balik,berapa banyak doa yang ALLAH sudah makbulkan? Kalau masih ada belum, mungkin memakan masa sedikit lama atau sebentar lagi, atau mungkin sudah diganti dengan yang lebih baik atau mungkin doa itu adalah pelaburan kita untuk dunia kekal iaitu akhirat. Sungguh, kata-kata aina roommate ku menasihatiku dalam ikhlas bersabar (pengajaran daripada cerita Munafik) benar-benar mengubah pandanganku akan kesusahan yang aku hadapi. Betulke aku bersabar? Sabar apa kalau masih merungut? Dan jika di kaitkan dengan syukur, subhanallah, sabar itu memang indah. Indah sekali bila ia membuahkan kesyukuran akan apa yang kita telah perolehi. Aku suka melihat kartun seorang budak lelaki ini. Ada seorang yang mendapat sepotong kek tapi reaksi mukanya sangat gembira. Seorang lagi mendapat sebiji kek (bak hang, yang besar tu) tapi ada sepotong (mungkin satu per sepuluh) daripada kek itu yang hilang. The second boy was disappointed and sad. So, aku berazam nak jadi macam the first boy. Walau apa yang aku dapat, ia cukup untukku. In sya ALLAH. 

Satu lagi, aku seorang yang sangat ingin dihargai dan disayangi. Aku mengharapkan kasih seorang ibu, tapi aku sedar, aku cukup besar untuk dimanjakan. Aku mengharapkan agar lelaki yang aku sukai, menghargaiku, tapi itu tak mungkin berlaku. Lalu, patutkah aku kecewa? Sedangkan begitu banyak nikmat ALLAH yang telah dihadiahkanNYA? Tidak, aku tidak kecewa. Mungkin aku sedih, tapi cukuplah, ia normal sebagai manusia yang penuh perasaan dan tisu hatinya sepertiku. Sebelum ku noktahkan, aku tidak ingin kecewa dan merasa kecewa. Tidak ingin. Ingin ku letakkan ALLAH dan cukuplah ALLAH memberi sepenuh perhatian, penghargaan dan kasih sayangNYA buat diriku. Aku hamba yang kehausan. Tidak dapat meminta diberi sayang itu melainkan diizinkanNYA. Aku tak mampu meminta kalian menyayangiku, tapi aku berdoa agar mendapat kasih sayang ILAHI. Cukuplah DIA di hati. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk mengisi cinta hati yang memberatkan hati dan tidak tahu adakah itu realiti.






sekian, aku tak mahu hati rasa susah hati.
jadi, aku tak tahu apakah yang aku nanti.
yang aku sedar, aku perlu selalu muhasabah diri.
agar tak hanyut ditelan usia. 

Nota Nasihat Nazihah

assalamualaikum warah matullah kepada pembaca yang budiman.
hari ini nazihah ada nak share beberapa nasihat. 
untuk diri sendiri pada masa akan datang dan buat saudara-saudari, sepupu sepapat.

  • Bangun untuk qiamullail dengan diisikan perka-perkara bermanfaat itu memang sukar, apatah lagi kalau hati antara ingin atau sebaliknya. kalau perasan, mata yang dah celik pun dari tidur saat manusia lain tidur, senang utk diperdaya untuk meneruskan lena kerana tak tahan dengan bantal, dan tilam yang empuk, apatah lagi kipas berpusing-pusing menghembuskan kedinginan. jadi, seandainya, sudah bangun, PLEASE acknowledge that moment yang Allah berikan,untuk kita sempat melakukan ibadat. kita ni,(saya lah contohnya yang paling tepat), hanya nak 'mengadu' time-time nak sesuatu. time-time keliru dan buntu. time-time susah. kenapa lah diri dan jasad serta roh ini payah terpanggil untuk turut mengadu betapa bersyukurnya atas nikmat-nikmat yang datang daripada Allah. memang berat kan dugaan waktu senang. ingatlah ALLAH. sebagai contoh, ucap alhamdulillah dalam hati. pernah berlaku tak, masa kita bertahmid alhamdulillah, lepas be-be-ra-pa kali lafaz, hilang dah zikir tu sebab duk pikir benda lain, atau terleka dengan benda lain. khusyukkan hati, sebagaimana kita khusyuk tatkala menadah tangan nak sesuatu daripada ALLAH. biar ucapan tahmid tu sekuat doa kita panjatkan sewaktu kesusahan. biar diri ni insaf kita tiada bernilai apa-apa pun, walau segalanya kita miliki. sebab? sebab semua yang bernilai berharga itu kurniaan ALLAH. pinjaman daripadaNYA.

  • baru sedar tentang suatu perkara yang dipandang sedikit ringan dalam menutup aurat. untuk berpakaian yang tidak menarik perhatian. kadang-kadang pernah juga, terperasan bila kita pakai baju cantik, kita rasa ada mata yang memandang, lepas tu mulalah nak control. control jalan. gara-gara terperasan =,=. rasa sejuk mata memandang kalau memandang sekeliling yang berpakaian menutup aurat. lelaki yang memandang pun tak dapat 'imagine' dan tak sanggup nak buat yang bukan-bukan bila diri bertutup litup, bukan membalut nak kasi meletup. aduhai diri, buat apa menagih meraih perhatian seorang lelaki? (sebab takde calon lagi. adeh. ><) kenapa perlu menarik perhatian si cowok sedangkan ALLAH ada untuk bagi kita sepenuh perhatian. saya kagum dengan sahabat saya yang istiqamah bertudung bulat. terasa diri ini makin lama makin menghampiri fesyen muslimah yang bermacam macam ragamnya. namun diri masih juga belum temui fesyen mana yang tepat di hati. menepati syariah. rindu tudung bulat. tapi bertudung bulat juga perlu berhati-hati agar masa kita berjalan, tudung bulat itu tidak membaluti aurat. pemilihan warna juga faktor yang boleh menarik perhatian orang sekeliling apabila kita berhias. jadi, mari kita raih perhatian Ilahi daripada menjadi diri pujaan lelaki. lelaki datang dan pergi. lihat dan saksi. tapi diri yang sepi, kerana rasa makin jauh dari redha Ilahi. so, nak yang mana? jom revise balik apakah itu aurat dan macamana nak tutup aurat dengan sempurna.

sekian sahaja dariku. 
harapanku agar blog ini akan ku teruskan 
dengan nukilan nasihat untuk kebaikan bersama. 
^_^
in sya ALLAH.

ihsan google



[post#1 semester#1 tahun#3]


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Semester ke-5 (budak uia  tak panggil sem 5, tapi 3rd year). Third year, first semester.
Pernah suatu saat tu, masa aku berkenalan dengan seorang sister semasa bermain squash, katanaya dia second year. Baru nak cakap (tambah terdepan ‘cakap’), yang aku ni second year jugak, tapi nasib baik sedar diri semasa memperkenalkan diri.


Al-kisah hidup sekuntum bunga mawar dibumi indera mahkota, sudah tidak mampu ku taipkan bait-bait perincian bagaimana, apa, di mana, siapa, kenapa dan apa peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.


Tapi, ingin ku gembirakan hati ini, dengan berkongsi pengajaran yang tidak mahu aku asingkan dalam perjalanan mengembara di bumi indah ini,bumi yang kaya dan dekat dengan alam semula jadi.


Bermulanya semester kali ini, dengan tanggungjawab sebagai seorang ahli komiti program Taaruf. Biro yang tidak terlintas untuk aku mampu menggalasnya, namun kerana keadaan fizikal yang baru pulih dari kecederaan kecil pada tangan kiri, ku letakkan jua unit Disiplin dan Ibadah sebagai unit pilihan PERTAMA. Kerana kemampuan fizikal, pada pandanganku, tidak seberat tugas Welfare & Welcoming yang setia menjaga adik-adik sedari hari pertama hingga saat-saat akhir tamat program.


Kalini, dengan amanah baru, unit baru. Aku belajar perkara-perkara baru:
-Cuba menepati waktu tanpa jam tangan. Dalam hidupku, jam merupakan benda yang penting tetapi kurang bernaib baik sekali apabila diuji jam tangan yang satu-satunya itu tidak berfungsi.  Hanya jam henset. Masih mampu melakukannya, bila aku sedar, aku ditaklifkan sebagai ahli unit disilin, tetapi bagaimana pengagihan waktu ku? Aku masih dalam proses belajar sewaktu program Taaruf itu. Ada ketika, aku lambat beberapa minit. Itulah pelajaran. Malu. Malu bila diri lambat. Ibarat kita suruh orang ikut peraturan, patuhi waktu, tapi kita? satu lagi perkara berkait waktu ni, aku nak share satu tips. Kalau kita nak orang menepati waktu, cuba gatal tangan untuk taip kat whatsapp group yang kita dah sampai kat tempat (yang dijanjikan) tu. cakaplah, saya dah sampai, mana korang? Dah pukul 8.01 pm ni, kata meeting pukul 8.00?? mesti gelabah punya ahli lain nak datang meeting. Bila dah sorang dua cakap ala-ala dah ada datang awal, yang lain tak terasa ke nak cepatkan langkah?


-Cuba dan alhamdullillah dapat menjaga batasan sepanjang bekerja, terutama sesama ahli disiplin sendiri. aku sendiri macam tak percaya. Yang kita mampu sebenarnya untuk menjaga batasan, walau sewaktu bekerja even memerlukan komunikasi. Mampu untuk tidak private mesej dengan berlainan jantina walau dia ketua, dan kita penolong. Serius, ini memang suatu anugerah yang mengubah kebiasaan yang sebenarnya mampu ditegah. Ya, aku hanya seorang penolong ketua unit. Memang memerlukan komunikasi yang baik terhadap ketua unit terutamanya, dan komunikasi itu masih tetap berjalan lancar walau hanya berhubung melalui GROUP whatsapp yang turut disertai oleh Ustaz kami, sebagai guru pembimbing. Yang penting, kalau nak tanya ketua apa-apa benda, tanya terus bila dah ada masa meeting atau di luar meeting atau di alam realiti(dan tak perlu berhubung melalui maya). Tapi kalau tak ada, CC kan aja melalui whatsapp group. Sirius, ini benda baru yang efektif dan bagus apatah lagi untuk menjaga budi bicara dan pergaulan dan niat masing-masing untuk bekerja. Tiada yang lain selain urusan kerja. Jika terpaksa private mesej, tengoklah kesesuaian waktu, urgent ke tidak, dan watch out perkataan-perkataan yang digunakan serta elakkan smiley. Elakkan emoticon.



-Cuba menjadi garang, walau dalam hati, merayu untuk TIDAK GARANG sebegitu. Ya, jiwaku sedari zaman belajar asasi, lebih kepada Welfare. Memang lain personality dengan seorang ahli disiplin. Fuh. Penat. Penat bila kena berlakon jadi garang. Sebenarnya aku hanya garang di rumah terhadap adik-adik ku yang tiga lelaki + seorang perempuan. Aku tak mampu garang dengan rakan sebaya, sebelum ini. Tapi kerna terpaksa disebabkan amanah untuk menjaga disipilin dan ibadah, aku cuba. Dan telah cuba. Dan telah menjadi  sangat garang beberapa ketika (walau aku tak rela).


done. post#1

alhamdulillah.



^_^

Mencari Diri


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Fuh, lamanya tak menaip utk blog! 


taip...then padam. taipppp...then padam. hm. 
i wanna share something, but i wanna make it better in explaining. 
i wanna be happy while writing. not judging. not commenting.


Kesibukan dalam kehidupan, 
boleh membunuh misi kita.
Bagiku, ia sangatlah betul. 
Ditambah pula bila diri sendiri:
jarang bermuhasabah, 
jarang nak refleksi diri.

I almost lost my identity.
why me? why I think in that way?
because....
I miss my childhood and teen's moment.

During my childhood..
 I HAVE A VERY BIG DREAM.
A VERY GREAT AMBITION.
A VERY OPTIMISTIC MISSION.
and I believe that I can reach that stage,
even in my fantasy, yes absolutely I was reaching there.
but in reality, I was not easily back off (mengalah).
walau ku tahu, impian itu dan aku ibarat langit dan darat.

During my teen's moment..
I HAVE A VERY STRONG PASSION
THAT DRIVES ME DURING STUDY.
I WANT TO GO TO KISAS. I WANT TO GET ALL A's.
I WANT TO GO TO OVERSEA. I WANT TO BE A BETTER MUSLIM.
dan aku rindu dan sungguh rindu waktu Tingkatan Tiga.

Sekarang. . .
aku seolah-olah berhenti di sebuah jalan.
jalan yang masih lagi panjang (*mungkin) jaraknya dari titik aku bermula.
Perlukah aku berpatah balik utk kembali menjadi diriku seperti dulu?
atau perlu ku teruskan sahaja sedang hati sudah kecewa merindui diriku yang dulu?

kenapa kecewa, nazihah?
sebab...tiada apa yang patut aku bangga.
CGPA? Biomed? 3rd yr? Quizzzes? Exams?

I lost half of me.
another me, i still found mine.
in my co-curriculum.
I love programmes. 
I love being with people.
I love trying to learn how to manage life, 
even I'm bit scared as sometimes 
my responsibilities are big enough to scare me. 

I'm missing me.
Fullstop. 
Better I just put a comma,
so that I can use another small letter to continue searching,
where am I?

still typing.
still not reaching,
reach in the end of my mind!

aku rasa beginilah (*kot) rasa yang tak tentu arah seorang yang berusia 20-an.
nak kata muda, dah habis sekolah.
nak kata tua, belum habis belajar.
rasa bercampur baur perasaan.

Ok! it's the time to conclude.
As a sweet conclusion to my self-crisis.


take note ea!


  • MATLAMAT ASAL BELAJAR DI UNIVERSITI.
  • LIST TO DO SEMASA BELAJAR DI SINI.
  • WHAT'S MAKE I'M HAPPY?
  • WHAT'S NEXT AFTER GRADUATION?
  • PERLU KE TAK FIKIR SOAL KAHWIN SEKARANG? (-,-)
  • SOURCE OF INCOME.
  • SENARAI KEKUATAN DAN KEKURANGAN DIRI.


then, apa tunggu lagi?
go and find me.
eh, find urself maa...


sekian,
wassalam.


happy :)




Terkejzut ! (my last appointment @ HUSM)


Bismillaahirrahmaanirrahiiim.

Memang ku tak sangka, hari ni banyak kejutan buat hati nan sekeping ini.


Source: Pinterest



DRIVING TO HUSM
Main ngan takde orang yang dapat hantar ku ke hospital, I was strongly taking decision to drive alone. but not alone, becoz Nabilah temankanku. Best. Kete ada gak ar mati masa bawak.nasib baik depan mak cik, kalau depan abam cik, memang malllluuuu! 



DR BAIK
Berdebar lagih. walau ni dah lebih 3 kali jumpa doktor (doktor lain-lain tiap kali jumpa),tetap rasa berdebar la, sakit perut la,gugupla,takut lah. rasa mcm nak buat pembentangan kat depan kelas, takpun tunggu nak amik exam. siyes takut. gementar akan result and progress tangan kiri ni. and today story, is a very bit different than past. I GOT GREEN LIGHT from the doctor. akhirnya discharged daripada appoinment ngan hospital. alhamdulilah, hurray! that doctor is really kind and interested to know the course I'm taking in IIUM. Biomedic engineering? eh, nope, Biomedical science. perasaan nervous tu hilang dan bertukar jadi excited. Nurse pun nampak mcm gembira bila tengok kegembiraanku mendapat khabar itu. here are the comments:

  • lepas ni, dah tak perlu follow up dengan hospital. tapi klu ada pape, boleh buat temujanji baru.
  • buat exercise kat umah(but i think, i'll continue physiotheraphy in uia)
  • kalau nak buang skru (yg ada pd tulang medial epichondyle), tunggu dulu biar sampai setahun. nanti buat x-ray temujanji masa bulan Januari tahun depan. operate maybe tak sampai warded beberapa hari. just 'cut' skit, utk kuarkan skru tu.
  • tangan kiri ku boleh buat 5 degree (lurus) dan 120 degree (bengkok). yang tu dah kira boleh buat kerja seharian (betul katanya).
Source: Google



BILLION MALL
Setelah bertahun lamanya tak singgah ke Billion Mall. akhirnya, aku dapat jejak jgk kaki ke sini. tempat nilah menyaksikan memori aku bersama arwah umi & abah serta adik-adikku berjalan-jalan meluangkan masa bersama. rindu arwah umi. banyak kenangan dengan beliau.


BIRTHDAY SURPRISE!
Nad ajak pegi KFC, jumpa kawan-kawan sebelum aku balik uia 24 ogos ni. aku ON terus. bila lagi kan, nak jumpa diorang semua sebelum masing-masing sibuk belajar? lepas ambil adlina petangnya tu, aku pegi ke KFC seusai asar. ingat makan-makan macam biasa. rupa-rupanya, ada surprise! terkejut gak ar, sebab baru semalam raikan birthday kawan sekelas kat kb, tup tup ari ni it was my turn with Pina. memang happy sgt! sebelum bersurai, i was given a second third surprise. dapat hadiah. THANK YOU SOOOO MUCCHHH Nad, Aten, Tini, Farah, Syikin, Pina, Yana! memang gempak lah korang. semoga ukhuwah kita sedari smk kamil berkekalan sampai cucu cicit ciat miat. haha. ingat lagi, Pina wish agar aku kahwin cepat. huhu. tunggu turn awok dlu, pina.





and lastly,
Thank you.
May ALLAH bless us.
Till then, jumpa di Kuantan next week!


from,
kaklong.

resepi Kek Batik Simple


Bismillahirrahmaanirrahiiim.

I'm really fanatic about kek batek. kek batik. kek coklat yang di adun bersama biskut marie yang sungguh mengasyikkan. kalau beli kat luaq, mahai na.



This is what I called,

"KEK BATEK KASEH"

Mudah. Cepat. Boleh Adjust!


Yang ni, kalau 5 orang makan, dalam 3 hari boleh tahan before habis licin.



Bahan-bahan:

  • serbuk milo (satu paket paling kecil, lebih kurang rm4++)
  • susu pekat ( satu tin, but guna 3per4 atau kurangkan)
  • buttercup (satu buku, guna 3per4 kalau taknak berlemak sangat)
  • biskut marie (satu paket. tak silap selalu guna yang munchy, takpun tiger)  
  • 1biji Telur (*tapi aku jarang pakai telur)
  • sedikit air (kalau tak nak takper, letakair coz nak kasi lembut skit kek)
Cara-cara:
  1. patahkan biskut marie kepada 3 bahagian atau 2 bahagian. 
  2. panaskan buttercup dalam periuk. jangan sampai hangit, sekadar cair sahaja.
  3. masukkan susu pekat dan milo. tambahkan sedikit air, jika nampak terlalu pekat.(kalau nak telur, sila letak sekali)
  4. masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan ke dalam kuali. kacau elok2. (masa: less than 10minutes, jangan lama sangat kacaunya)
  5. tutup api dapur gas. then, masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
  6. biarkan adunan kek tadi sejuk di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  7. masukkan ke dalam peti ais.

Tips tambahan:
semasa buat kek ini, pastikan buat dengan kasih sayang. baca surah al-kautsar. be happy.


From: Pinterest
as for illustration


p/s: kek ni macham wajib kena buat bila aku bercuti di rumah. it's one of my routine sejak masuk asrama KI dlu. huhu.

wassalam. sudi-sudilah kongsi kek ter :) 




My hobby !


.Bismillahirrahmaanirrahiiim.

You know what,
i really love writing.

By writing, i would know what are the things that already in my head.
that is one of the main reasons.

then, i would notice something needed to be corrected.based on my story in that date. that day.
then,i made a reflection.

sadly to say, i have not been writing on diary for quite long.
i rarely but at least wrote during my semester in university.

actually,i miss writing a lot.
but,i just need a book to be my besty.
i have left my diary in mahallah store while me enjoying my semester break.


Hopefully,i would find one in KL.
the diary.

IloveDiary.



my school :)




source: google,pinterest





Second Appointment Orthopedic


credited:Doodler aka Owner

ALHAMDULILLAH
I was amazed & realized
 many grateful things 
happened during this Ramadhan.

Firstly and latest!
Today was my second appointment.
In waiting area, I felt butterfly in my stomach.
So nervous to see my result,
to meet a doctor.

Instead of hoping,
being able to consult Malay Muslim Doc,
I remembered the verse from surah As-Syarh

"And to your Lord direct [your] longing."
(taken from Ash-Sharh verse 8 )

While waiting,i saw young Malay Doc
Maybe, he is the one who i would consult then.
and my name was called by a nurse.
"nurul nazihah.."


yes. alhamdulillah.
dream came true.
eh,not dream.
but prayer alhamdulillah.
Muslim Malay doc.

I wonder where are women doctor
here in ortho?
why they are lacking here?
last time i met woman doc
is when i was in hospital.
being warded.

I need a woman dr.

Ok now, i would share,
what gud news are;

# My left medial epichondyle in a better prognosis.
(makin bercantum and tiada kelihatan garis patah)

# That Screw inside my humerus can be taken out
if I recover in sya ALLAH

# the fuction of my left hand was going well.
well-functioning, except two 'abnormalities'
-Could not stretch & straighten arm
-Joint Instability during movement right and left arm


 i was really grateful.
this time.
and before this time also.
because, ALLAH helps me
in recovering from the accident 
i had in 29th April 2015.

ALHAMDULILLAH.

Please do support me.
Please include my name in ur duaa.
Thanks in advance.



selamat hari raya!


Kenapa Perlu Kokurikulum di Universiti?


.Bismillahirrrahmaanirrahiim.



KENAPA PERLU KO-KURIKULUM? 
JADI KOMITI BAGAI?

  1. It is our PRE-WORKING LIFE !!! Mendapat "bayangan awal" situasi bekerja.
  2. Learning SOFT SKILL
  3. Build networking. semakin ramai kenalan, semakin ramai kawan :)
  4. Gotta know our TALENT! Asah bakat yang terpendam, terendam & tenggelam!
  5. The great way to quit BOREDOM. siyes tak bosang :D
  6. Increase MERITS. tebalkan sijil utk resume.
  7. Hilangkan malu tak bertempat. Biar malu bertempat. (malu bertanya sesat jalan)
  8. Latih diri hargai masa.
  9. *mungkin korang ada idea lagi nak tambah?


Alrite, talking about being committees.
it's about our commitment.



Kalau cakap kita buat semua ni (keje-keje komiti, volunteer) sebab nak dapat duit lebih. Sila lupakan. Sebab komiti ni perlu pengorbanan dari segi tenaga, masa, duit (sometimes), perasaan dan sebagainya. Kalau sebab nak dapat merit, iya, betul, tapi ini bukanlah keutamaan yang sebenar. kalau benar ini sahaja yang kita niatkan, takut bimbang, kalau merit tak dapat? sakit hati tak? kalau merit je dapat,tapi pengalaman kerja mcm buat tak buat, dapat buat hati tenang kah?

NIATLAH KERANA ALLAH.
Buat itu kerana Dia. Demi mendapat keredhanNYA.
Bila niat kerana ALLAH,takkan hati sanggup menggunakan jalan maksiat utk berbuat kebaikan? 
Jagalah adab. Jaga pergaulan.
(nasihat utk diri sendiri jugak)



Nasihatku kepada kawan-kawan,
bila kita betul-betul nak, volunteer kan diri. 
cakap. atau isi borang.


"eh,Mila. kalau ada progrem pape, ajak aku eh. teringin lak join."



Jangan berhenti terus menjadi komiti 
andai kata kita dah penat sangat-sangat dah.
mungkin ada perit sikit. 
Tapi, jangan kuburkan potensi 
yang ada dalam diri masing-masing.
Boleh nak bersara, tapi ada tempohnya.

Aku pernah bersara setahun daripada menjadi komiti secara rasminya pada tahun kedua Asasi. Namun tidakku berhenti terus dari join program malah makin rancak join sebagai peserta. Masa tu baru tahu betapa gembira jadi peserta dan lagi gembira dapat tahu selok belok pengurusan program-program melalui pengalaman ciput masa muda-muda dulu.



Hanya berkongsi sesuatu 
yang sangat best dan rugi 
kalau tak buat masa di Universiti. 
Kalau ada nak minta pandangan atau tips, 
boleh tanyakan terus pada senior-senior korang.

Jangan malu-malu nak bertanya.
Kita semua sama.
Sama-sama ada 
kelebihan dan kekurangan.


Jika ada salah silap, terpoyo bahasa dan terkurang faham maksud yang ditaip,
harap kemaafan dari kejauhan.


SALAM AKHIR RAMADHAN.



ihsan: google @ pinterest

a tough love











someone says :

"never let someone fall in love with you when you're leaving soon,because you are killing that person slowly."



someone says:

"true love is when you're able to let it go,and no matter how far it flies away,but the love will come back to the right owner."




Writing is My Candy :)


.Bismillahirrahmaanirrahiim.

"when i'm writing, 
my heart is whispering, 
my fingers are dancing,
my mind is imagining,
and i realize,
i miss 
for a beautiful sharing"
(NNK, no date)


ihsan: Google



ihsan: Google



ihsan: Google



ihsan: Google


ihsan: Google


ihsan: Google



ihsan: Google



ihsan: Google juga!



I started love writing when i was given a diary by my English teacher. I was 7 years old in that time.
Writing on my first diary did not stop me there, as i became addicted to write and collect a bundles of other diaries @ notebooks.


First attempt to be a writer

I know myself better when i write. I would see why i did this, how can i correct my fault, when was the best moment i had spent, who were always on top of my heart, how people can hurt my feelings and what kind of ideas that i want to contribute.

Aha! (*happy feeling*)

and yet, until now, i can't even stop writing.
sometimes, i'm quite disappointed as people do not read my writing.
maybe, they do not understand what i wanted them to know the meaning.
maybe i tried to write but forget that not all people can read between the lines.

and you know what, my hand writing can be different in different situation, different feelings, different ages.

if i love something, 
when writing bout that, 
my handwriting would be round and 'quite cute'.

if i was humble,
felt down to the earth,
feel shame about me,
my handwriting would be smaller. 
hard to be read by elder people.

if i was energetic,
feel strongly motivated,
my handwriting become larger.
it could be seen clearly.

if i write normally,
when in classes or in a meeting,
you do not have to be surprised.
my handwriting is ugly.
sometimes, I myself could hardly read it. 
haha. but not always.

if i write on my mind maps,
as an assistant to revise of things that i've learnt,
my handwriting would be inserted with my own symbols.
for example:
FUNCTION = f(x)n
OF = O (on top of O, there is a line)
CONCENTRATION = [..]
INCREASE = arrow upwards
and i love write cute symbols, use science symbols, maths symbols and my own doodles.


dear reader,
if you become my diary,
u're my best friend.
and every secret i have,
i would share!

i hope that i could meet a writer.
like Tun M.
or you.
if u're in the same shoes of me.
or u have the same cup of tea like me.

sorry if (and i'm sure there are) words that you hardly to read and understand. 
but you know what, my heart is melting when i'm writing.

i love to write.
that's all.

"me too, sister!"

NNK.


Doktor, keje elok-elok ya!


Bismillahirrahmaanirrahiim.

eh, sapelah budak nih? (ihsan: pinterest)


Teringat seorang sahabatku. yang minatnya pada bidang perubatan. Jatuh masa SPM, namun bangkit dan semangatnya tak pernah putus untuk dapatkan tempat dalam bidang tersebut. Dia sememangnya layak dan cukup bertuah! alhamdulillah, aku cukup gembira mendengar khabaran daripadaya bahawa dia dapat tawaran ambil medik di UPM.sementara waktu itu, aku masih di pusat asasi UIAM, bertugkus lumus juga, untuk mendapat tempat dalam medik, di UIA. 


Namun, walau kami bersahabat. takdir kami berbeza. minat sama, tak semestinya pengakhirannya sama. 



Aku ingin menulis dalam penuh kesyukuran, bukan keluhan bukan jua kelemahan. banyak hikmah yang aku perhatikan. aku juga pernah jatuh, jatuh tatkala SPM. keputusan UPSR dan PMR alhamdulillah dipermudahkan utk mendapat apa yang ku impikan. namun nasib tak menyebelahi pabila spm...bagiku, aku telah cuba sebaik upaya, namun belum rezeki waktu itu.



at cfs, once..


melangkah ke pusat asasi UIAM, dengan aim still nak medik, aku target dean's list every sem. masuk sebagai budak sains hayat. BIOSCIENCE. syukur utk 3 semester berturut-turut, Allah limpahkan rezeki dgn pencapaian targetku itu. saat di semeseter terakhir, keluar list nama student yang dapat tawaran tempat dalam medik. Dalam notis terbaru, kata 'mereka', nak tukaq ke critical course (medic, dentist..) perlu dpt 3.95 ke atas. ya ALLAH. time tuh, second last semester sebelum grad asasi. pointer baru 3.8..berat nak terima hakikat tu. bila dah makin hampir dengan apa yang kita nak, ubah skit je, lalu hajat tidak kesampaian.

semangatku tak pernah luntur. sama juga seperti sahabatku itu di saat dia tahun pertama di UPM ambil medik, aku di tahun kedua membuktikan pada diri sendiri aku juga mampu sepertinya. Tapi takdir Allah itu sangat cantik. di saat aku dilema. aku buat ujian personaliti. aku dapat Pathologist, or something yang berkait bidang bioperubatan. fikir, punya fikir. aku ubah fikiran utk ambil Allied Health Sciences = Biomedical Science. cerita pasa tukar kulliyyah from Science Ke Allied Health Science pun bukan senang. bergenang air mata. isi borang, jumpa sendiri head of department. kata Madam, kalau ada rezeki @ ada tempat, adalah rezeki. sedih. bergharap sangat. saat itu medik tetap tersemat kemas dalam hati. walau sekelumit tercalit rasa kecewa, tapi tak mampu buang rasa minat yang cukup mendalam dalam perubatan.

Syukur berganda-ganda. mendapat tempat akhirnya dalam bidang bioperubatan. dalam carian di gugel, ramai yang cakap, masuk biomed, keje lab. Hello?! itu satu stigma yang menyebabkan sains bioperubatan tak langsung dikenali. even aku kenal bidang ni masa asasi. Dari tujuh tahun duk pegan gnak ambil perubatan. rupanya-rupanya Bioperubatan yang menjadi terminal persinggahan. aku sentiasa fikir positif. Allah bagi tempat dalam bidang ni mesti ada sebab. mungkin nak ubah sesuatu dalam bidang perubatan yang kebanyakan orang 'take it for granted', maybe?

Aku dlu, pada awalnya tahun pertama di UIAM Kuantan, kampus sains dan kesihatan, aku sedikit cemburu melihat student medic. dengan lab coat mereka. jealous sgt. rasa rendah diri sangat. tapi, tapi, semakin aku membiasakan diri dengan tag 'aku budak biomed', aku makin suka dan bertambah-tambah terbuka dengan kos ini.

Ya, kami belajar hampir sama macham medik. cuma part kami, lebih fokus pada benda-benda yang kecik, yang tak nampak dari luaran tubuh manusia. contohnya? 
-sel (anatomy)
-sistem2 dalam badan (fisiology)
-macam mana badan bertindak bila benda asing masuk (Immunology)
-diagnosis apa yang doktor patut pakai utk test penyakit apa (Clinical Biochem, Haematology)
-sistem apa yang cekap dan membantu kurangkan human error dalam medik (Health Informatics)
-pathogen apa yang baik atau yang bahaya (Microbiology)
-dan yang penting..kami ada subjek2 tambahan macam Philosophy of Science, Ethics, Knowledge, Islamic Worldview, Health Management, Health Communication, Critical Thinking, Parenting, Leadership, Study circle, Skills. 


ihsan: google



Lagi nampak jelas hukmahnya saat aku warded pada 29 April lalu. kesian kat doktor. mereka busy. ada yang mcm kena marah dgn senior2.  ada yang subhanallah cukup baik, selalu ingatkan patient tentang solat. ada juga yang mcm tak seperti disangka pesakit. i expect all doctors would be caring always. but since diorang busy, kita tak boleh la sangka yang 24 hour diorg dapat bagi full attention pada seorang pesakit. tapi aku paling suka bila doktor menjaga ikhtilat. menjaga adab dan menjaga maruah patientnya. kalau semua dokter muslim macam ni, aku rasa semua hospital kerajaan boleh jadi hospital ibadah kan. moral dan etika serta empati dan ehsan  patut ada pada setiap orang. pesakit pun perlu belajar acam mana nak hormati dokter dan staf dan pesakit lain.



smile as u can




As a conclusion, love what u have.
love what u do. forget hate. forget pain and hardship. enjoy difficulties.
done luahkan perasaan. janji suka pada kos bioperubatan skang ni.
lepas ni, ada rezeki sambung lagi. sambung master jom?





Ha, dah rasa macam bagi lecture kat student2. hehe.
okaylah, till then, kita jumpa lagi.


sumber gambar: 
http://www.aliexpress.com/popular/baby-doctor-outfit.html

First appointment #orthopedik#



.Bismillahirrahmaanirrahiim.
ALHAMDULILLAH


Kali ini jemari tangan kiriku mula mengatur langkah membantu jemari kananku menaip sedikit demi sedikit.



Credit: ira


Still remember 29 april 2015?

That epic day yang mana aku ada lawatan ke Hospital Tg Ampuan Afzan selepas waktu zohor. Kami naik bas. Kemudian aku bersama Ilma dan Amirah Win pulang sedikit awal kerana kelas skill kami pada pukul 5 petang hari itu. cadangnya nak solat Asar kat mahallah. tapi ubah fikiran, aku sendiri yang cakap kat pak cik bas nak berhenti terus kat Sport Complex. kami bertiga di situ pada saat kejadian itu. seperti biasa, ambil wudhu. seusai itu, mau ku turun dari tempat ambil wudhu itu, dan lalu kejatuhan. tangan kiri 'berkorban' utk selamatkan kepalaku dari terhantuk sama. ya, kepala dan muka. jatuhnya diriku tak mampu bangun berdiri. dipapah. alhamdulillah ada mereka berdua. diringkaskan, sesampainya aku di HTAA kembali, inilah saat epic itu bermula. tadi gi lawatan sebagai student. petangnya pulak, sebagai pesakit. 


Apa cer tadi punya appointment?

HUSM Kubang Kerian, 4 Jun: Keputusan X-ray pada siku kiri Naz memuaskan. Kata doktor, bahagian yang diletak skru itu baik. Tapi masih kelihatan ianya belum bercantum sepenuhnya. Naz diingatkan kembali bahawa dia mengalami dua tempat patah: medial epichondyle tulang humerus sebelah kiri & bahagian "radial neck" juga pada tangan yang sama. (MasyaAllah dia seringkali terlupa bahawa dia patah dua tempat, tempat yg satu lagi dr tak letak pape, dgn harapan pakai simen sementara waktu dpt memulihkannya kembali). Dr menambah, terdapat di situ satu 'serpihan' tulang (yg halus tirus bila dilihat dari paparan X-ray). Tulang itu jika membataskan pergerakan otot, mungkin, diulang mungkin, perlu dibedah buang serpihan itu. Pembedahan? suatu khabaran yang sememangnya cukup sedih bagi Naz. Cukuplah sekali sahaja. Berkenaan fisioterapi, dia akan menjalaninya mulai 11 Jun di Hospital Tg Anis tidak jauh dari rumahnya. Temujanji seterusnya pula adalah 43 hari selepas hari ini. Proses penyembuhan memakan masa. Mungkin dalam tiga bulan. Tambah doktor, masalah utama bila patah bahagian siku ialah pergerakan terbatas. Perlu buat pergerakan semampu boleh ketika menjali proses pemulihan tangan. Ubat tahan sakit diberi, tapi bila mana ianya perlu sahaja.


Apa perasaan saya?

Silap soalan ni. jangan ditanya soal perasaan pada diri ini, kang panjang meleret esei ni. Perasaan, sedih saat terngiang kata-kata doktor bahawa mungkin, mungkin kena buat operate lagi sekali. perkataan "operate" tu bisa buatku nangis. bukan sebab sakit. tapi soal hidup atau mati. walau bagi orang lain, ianya minor surgery, bagiku ia tetap major kerana melibatkan dua: nyawa dan komplikasi. namun, hati bersyukur dan terharu kerana ujian Allah ini membuka mata hatiku bahawa Dia menyayangiku. Dia mahu aku kuat, dan aku mampu untuk kuat dengan izin Allah. Bersyukur juga sebab selama hampir 22 tahun (hari lahir bulan Julai eh), Allah bagi aku pinjam tangan kiri yg sihat utk banyak manfaatnya. Lastly, rasa takjub akan kebesaranNYA kerana Dia menghilangkan komplikasi yang aku takuti dek pembedahan sebulan yang lalu. doktor sana cakap, komplikasinya yang paling teruk mengakibatkan 'muscle wasting'. yang paling minor, loss of sensation (hilang deria) pada tangan kiri buat beberapa waktu. Alhamdulillah itu tidak berlaku.


Gambaran medial epichondyle:
(ihsan Google)

Kata Dr, fracture kat area ni tarik at least empat otot tangan



sebelah kiri tangan




patahnya sedikit (bentuk bulan sabit) pada medial epichodylar





sekian, melaporkan.
Ingat namaku dalam doamu.
Doakanku wahai sahabat. 
Semoga dapat kembali berjuang seperti kalian.
Ameen.


NAZ 2015.