saya sayang awak!



dear buddies ;)

i wanna share something to you.

my feelings.

kenapa ya,bila remaja, macam2 konflik timbul.

kecelaruan emosi.

ada masalah hati, masalah emosi,masalah minda.
erm, *masalah itu kita gantikan dgn *ujian.


baiklah.
sy semakin lama tidak menulis,semakin byk perkara yg sy pendam.
semakin kosong diari sy,
semakin lupa diri sy akan siapa sy sebenarnya.


NAZ!!!
====> ape?
*sebenarnya,sy ni suka dipanggil naz,tp lebih mesra if panggil ah.mungkin disebabkan nama pendek sy ditukar,identiti sy mulai menemui titik perubahan.


ah yg dulu,seorg yg sgt manja.pantang jauh daripada family,mesti jd terlalu emosi.menangis x tentu masa.
ah yg dulu,seorg yg sangat ceria.selalu senyum.walau tegas,tp andai sudah berkenalan,mudah utk rapat.
ah yg dulu,selalu byk bercerita kpd kelurga dan teman2 rapatnya.byk ckp,try buat lawak,utk gembirakan org walaupun itu tidak kelakar.


erm,teman2,betul ke itu sy?
sy rasa mungkin ya,mungkin tidak.


WHY NOT?
kenapa sy rasa Naz bukan Ah?
sbb Naz ni....
-terlalu tegas dgn diri sendiri.
-mudah rasa stres,dan muka berubah jd merah lalu menampakkan emosi sukar dikawal.
-terlalu byk memikrkan apa akibat if buat sesuatu perkara tanpa mencubanya dulu.
dan Naz ni,tetap ah jika dia pulang ke rumah menjadi kaklong kpd adek2nya;)


aku rindu kasih sayang keluarga.
kalian x rindu?
aku rasa bersyukur krn dikurniakan sebuah keluarga.
aku sukakkan perhatian,perhatian drpd org2 yang ku kasihi.
tp,kalau aku tidak kasihankan diri sendiri,mana mungkin org akan berasa kasih kepadaku?


Ya Karim..
aku buntu mencari identitiku.
ah dan naz bukan itu ukuran.
hati yg mutlak milkiMu ini
yg ingin ku jadikan sandaran.


setiap cubaan hidup,aku mudah melenting,
*ALLAH,apa silap aku,..?
*ALLAH,kenapa dgn aku..?
*ALLAH,aku larat ke?


sedangkan ALLAH ITU TIDAK PERNAH TIDAK MENDENGAR SETIAP RINTIHAN KITA.




aku ingin mencuba mengenali diriku,
tp,bagaimana?














_______Fahamilah siapa kita tanpa ALLAH.jika kita xkenal diri sendiri,maknanya,kita tak kenal sgt ttg pencipta kita.mungkin disebabkan kedhaifan diri ini sendiri,yg menyebabkan aku tak kenal diri sendiri.oleh itu,ambillah pengajaran,wahai sahabat2,mari kita kenal ALLAH :) jom top up iman! bykkn sedekah,rajinkan diri ke masjid,menuntut ilmu agama dan saling mengingatkan (amar ma'aruf nahi mungkar)_____





O' ALLAH , U'LL NEVER LET ME DOWN!


sepanjang minggu ini,banyak perkara yg mengajar perkara2 baru dalam hidupku.

RAFEST!

sebuah program khas yg diadakan di cfs iium,tempat diri yg serba kekurangan ini mempelajari benda baru.

1)   Sebagai seorang hamba ALLAH,aku patut tahu,diriku dihantarNYA ke dunia ini,utk beribadat kpdnya.bukan sekadar ibadat yg wajib,tanggapan itu nyata salah.kita perlu beribadat dlm setiap perkara-belajar kerana ALLAH,bekerja kerana ALLAH.


2)  Bila bersosial,kita perlu sgt2 menjaga adab2 apatah lagi etika antara muslimin dan muslimat.jika tidak,MACAM MANA NAK DAPAT KEBERKATAN?pandangan mata…jika perlu eye contact,aku rasa benda tu x salah,tp jgn ditenung sangat mata si polan yg berlawanan jantina dgn kita,sbb lepas itu akan hadirlah cas2 yg x sepatutnya.ion negatif ni,jika banyak sgt keluar,akan bawak masalah kepada hati kita.ia fitrah,jatuh cinta itu fitrah.tp cara kita mengekspresikan cinta itu kekadang salah.aku takut…bila x byk jaga pandangan,kita makin jauh drpd ALLAH,belajar susah,byk masalah,masalah hati terutamanya.


3)  Bila tgh marah dgn sesiapa shj,ingt utk kawal perasaan itu.MARAH ITU API,cepat2lah padamkannya dgn wudhu’.atau,duduk,jika berdiri,baring jika duduk.aku pernah nak marah kat semua orang,tp bila ingat balik kata2 shbatku,buat apa nak marah,sedangkan marah itu hanya utk KEPENTINGAN DIRI shj.kalau marah sbb benda itu perbuatan dikutuk ALLAH,x mengapa,malah digalakkan lagi.


4)  SEDIHLpenyakit yg xpernah2 hilang dlm diri seorg muslim.ingtlah,hidup di dunia jangan berlebihan dihiasi dgn gelak tawa,bimbang di akhirat nanti banyak terselit duka.bila sedih,ingat ALLAH,bila senang,INGAT ALLAH.ALLAH XKAN TINGGALKAN KITA.INNALAHAMA’ANA.


5)  MATI-dulu,aku sgt bercita2 inginkan kematian di usia sekarang.usia yg agak muda.namun,setelah aku merasai sendiri pengalaman journey to d 5world..seriousy,I’m afraid if I die young.umur masih muda,tp dah berapa byk dosa yg aku sendiri tanggung?larat ke nak duk sorang2,dlm kubur yg sempit,amalan yg sedikit?tp,,tempat kita kan ke sana juga.BENAR…jgn takut mati,sbb kita akan mati,tp takutlah akan persediaan kita menghadapi mati.maukah kita dijemput Izrail saat berbuat maksiat?nau’uzubillahimin zalik.


6)  KARAKTER-stiap org ada karakter masing2 yg dibentuk sejak dari rahim ibu kita lagi.bagaimana perangai kita masa kecil,mcm itulah sebenarnya kita.Cuma,kita masih dapat membentuk personaliti.personaliti cukup berbeza drpd karakter.and I found that phsycologist is not a behaviorist!i’m thinking of it,still…suka sgt bila bersosial,berkomunikasi dgn manusia,semua org unik,n ada keunikan sendiri,MASYAALAH.


7)  KEPERCAYAAN;apa jua yg diamanahkan ALLAH kepada kita,pasti kita mampu melakukannya,kan?berfikir scr berhikmah.xsemestinya semua masalah dpt kita setelkan,tp sekurang2nya,masalah itu merapatkan kita dengan ILAHI,subhanallah,indah sungguh jika setiap detik hati kita rindu akan DIA.


8)  CINTA;jgn percaya yg bila awak jatuh cinta,maknanya dia yg awk suka itu jodoh awk,and awk akan cuba rapat dgn dia supaya satu ari nanti awk akan realisasikan impian utk mendirikan banglo bertangga bersama dia.jgn fikir mendalam sgt soal yg tidak pasti.apa2 hal,serahkan kepadaNya.jika cinta kpd seseorang,doakan kebaikan buatnya,semoga dia sejahtera and kita pun akan didoakan malaikat.semoga cinta yg terpelihara itu,menjadi kenyataan..dan,apa yg penting,secinta mana pun kita kpdnya xdpt menandingi cinta ALLAH kpd hamba yg kental bermujahadah perasaan demi meraih cintanya!


9)  PARENTS:hargailah parents walau sesibuk mana belajar,apatah lagi bekerja.call sekerap yg mungkin.jika kpd kawan2,kita sanggup habis kredit byk2,apatah lg kpd abah sendiri?<-nasihat khas buat diri ini.maaf abah,kalong dah beberapa ari xsempat call abah;i felt so guilty now.~


10)            IKHLAS: ikhlas itu xdpt ditentukan oleh manusia.HANYA ALLAH YG BERHAK MENILAINYA.Cuma,kita sebagai manusia,cubalah sedaya yg mungkin utk ikhlas_buat kerja demi ALLAH semata2.serius aku ingin berkongsi,ikhlas ni banyak dugaan.makin kita nak ikhlas,ada jg secebis rasa marah sbb org tu x ikhlas mcm kita wak kerja,ada gk rasa geram dgn perangai sahabat semasa kerja.and ada yg menyalahkan takdir,kenapalah ALLAH jadikan keikhlasan itu susah sgt diperolehi..?segala2nya bermula dgn hubungan kita dgn ALLAH.


 Jadinya,aku nak bagitau kat sini,
Bila kita menghargai tujuan kita ke dunia,kita takkan rasa nak buat maksiat walau perkara tu Nampak kecil pada pandangan kasar.

p/s:kalau terasa dgn seseorang,cuba positifkan fikiran.mana tahu dia ada masalah peribadi yg sulit utk diceritakan.apa2 hal,fikirlah dgn mata hati,bukan mata kepala.even nak cari barang yg hilang pun,aku selalu pegang prinsip ni:”carilah dgn mata haTI” ^___^




10 cara menjauhi zina

[1]  Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan."

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah
mencontoh Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu
bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh
mereka yang terlihat.

[3]  Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." (Lukman:6). Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati) .

[5]  Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa
yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan
seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada
perbuatan zina, maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?

[6]  Mencari teman yang baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa.

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukkan oleh kebathilan.

[9]  Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa.  Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maiyam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban.

Sumber : Dodod Almansyurin Almadiuni