mabuk laut







pernah dengar namanya MUNDOK?


sebuah daerah di Thailand,bersempadan dgn klate ni.


ari ni aku bersyukur sgt sbb berpeluang ke sana.


mak sedara aku cakap,kat sana ada pasar yg jual brg murah2 sgt.



setelah sejam perjalanan,aku sampai di pelabuhan.naik perahu.perhhHH,,first time dpt naik perahu dlm hidup aku.mmg excited + takut.satu perahu dlm 20 org,sesak ar gak,main ng ramai org ari ni.lain kali,jgnlah pakai baju kurung masa nak naik perahu.basah kain nanti.


dlm x sampai 10 minit,sampailah aku bersama penumpang2 lain di Thailand.tanpa pasport,tambangnya hanya RM1.rasa mcm x masuk akal pula aku dah berada di seberang sana.takut pun ada gak bila tgk tentera diorang.


mula2 sampai sana,aku jalan2 dulu.ikut mak sedara aku,abah,pak sedara aku,na & sepupu2 aku.


memang jodoh aku la ari ni,Alhamdulillah.bila aku masuk je satu kedai beg ni,terus ada terpampang beg yg jenis aku suka.siap kaler pink lagi.asal2 harganya RM28,tapi bila mak sedara aku tawar menawar,dapat la potong RM3.


lepas tu,masuk kat kawasan gerai2.banyaknya baju,tudung,toto,beg,mainan.rambang mata dibuatnya.di penghujung gerai2,ada sebuah gerai plg popular kot kat sini.gerai yg jual brg2 plastik,alat masak,kelengkapan rumah.aku rasa macam x percaya : kuali RM5.90,bekas ala2 tupperware RM1,hanger RM1,raga plastik letak pakaian RM4.90.pisau potong bawang RM1.murahnya!semua harga kebanyakannnya kurang drpd RM10.


selesai memborong,kami beransur pulang.masa tgh berjalan menuju ke pelabuhan,hujan lebat.dah lama aku x mandi hujan.syukur.masa nak tunggu hujan reda ,aku sempat la intip2 makanan apa yg ada kat gerai2 mak cik kat situ.aku takut sebenarnya nak beli makanan Thai.tapi,bila aku tgk ada PULUT AYAM GORENG,aku dah x tertahan.aku mesti beli.aku pun beli la 4 bungkus pulut ayam goreng.aku ni HANTU PULUT.x makan nasi x pe bila ada pulut.tapi,antara 4 bungkus tu,aku bahagikan la kpd family aku.dapat sorang satu.balik naik perahu.kali kedua naik perahu ni,aku rasa teruja sgt berbanding pertama kali tadi.aku positifkan diri ini yg AKU X MABUK SUNGAI.hehe..mana ada istilah mabuk sungai kan...


aku rasa lain kali,aku mesti dtg sini lagi.kena bwk bajet supaya dpt borong byk cket.



.SEKIAN.





*bukan perahu macam ni ye...

^___^

pesan Ustazah Zaidah..








apa yg ada di tanganku itu?








AISKRIM!



semenjak kecil lagi,akulah org yg plg gemar makan aiskrim.
kadang2 aku konpius:
aku makan ke telan aiskrim?
telan kot,
sal aiskrim yg aku makan akan 
aku habiskan sepantas yg mungkin.

1 perkara aku nak bagitau,
aku x leh makan aiskrim depan org ramai.
comot kut!


aku tulis post ni sal:
aku tak nak dah aiskrim!
huhu!


pening kepala aku ni,
pening + berdenyut ngap2
=
akibat makan aiskrim..



2,3 ari ni,
aku mengaku aku x jaga makan.
seminggu kot bergelumang ng ais,aiskrim.

masyaALLAH.
aku dah aniaya kesihatan aku sendiri.



kenapa?



Ustazah Zaidah pernah berpesan dulu,
.elakkan ais.
(ais,minuman sejuk,ais kacang,aiskrim)

aku n sahabat2 pun berpantang la ais selama hampir setengah,setahun.

lepas je abis paper last PQS,

"ustazah,boleh saya makan aiskrim?"

makan la sepuas2nya.

aku x mengerti(suatu tika dulu)
hikmah berpantang aiskrim.
kini,baru aku sedar.
setelah 'sakit' menimpaku.




HIKMAH BERPANTANG AIS
(berdasarkan pengalaman aku sendiri)




1)x mudah dapat selesema,sakit tekak,n sindrom2 yg menjurus ke arah penyakit tu.

2)x mudah lupa.

3)perut kempis.bagi yg malas sit up mcm aku,better berpantang ais.

4)x malas.aku rasa macam ringan jer badan nak wat sesuatu.dlm kata lain CERGAS.

5)baik utk org yg ada sakit gigi sensitif.

6)elakkan pening,sakit kepala.





ada byk lagi sebenarnya hikmah berpantang ais ni..




jadi,mulai saat ini:

AKU BERHARAP SI PENGGODA AISKRIM  X LAGI MEMPERDAYAKAN AKU
DGN TIPU HELAHNYA.



Doakan aku daripada terpikat dgn pesona aiskrim.
pasal engkau aku merana,
pasal engkau jiwaku tersiksa.

pergi kau..









don't say i'm nervous!







"you look excited.."said the interviewer.


"yes.."and then my smile spread over my face.

dia x tahu betapa nervous nya aku sebelum masuk bilik interview tu.


~i felt butterfly in my stomach~i like that proverb.


alhamdulillah,segalanya berjalan lancar tadi.





nervous is the thrilller killer?



especially during exams,test jpj..interview..


ada seorang motivator pernah mengatakan,

"nervous adalah baik,sekiranya ia masih boleh dikawal. Tapi,kalau nervous tu berlebihan,ia akan jadi pembunuh kepada diri awak sendiri."

betul!tepat sekali.


aku ada satu pengalaman yang cukup memberikan pengajaran pada diri ini sampai sekarang.


pada hari pertama aku menduduki spm,ujian  kertas 1 BM (penulisan),aku berdebar tahap yang paling teruk.esei pertama dah siap,tinggal esei kedua.esei kedua ni la yg paling banyak markah=100 markah.masa tuh aku ketandusan idea.tetiba pula ada seorang pengawas peperiksaan lelaki di sebelah aku.aku asyik diperhatikannya.aku cuba tulis hampir 10 baris utk satu perenggan,bila aku baca balik,aku rasa x releven,aku PADAM.tulis perenggan baru,padam.sampai la aku hampir putus asa.kenapa ni Ya ALLAH?kenapa aku blur ni?jantung aku berdebar tanpa henti bahkan bertambah kencang.aku tengok jam.ada sikit sahaja lagi masa yang tinggal.aku berdoa,aku tawakkal.apa yang terdaya masa tu,aku tulis ikut suka tangan aku jer.ayat aku macam skema sangat.fakta:kurang,zero kot.tangan aku masih lagi terketar2 sampai la aku noktahkan ayat terakhir aku.


antara banyak2 exam,aku paling takut dgn BM(time spm)org lain tgh takut sal sejarah,tapi aku takut nak tahu markah BM aku.hanya doa mampu aku panjatkan.aku rasa bersalah sgt kepada diri sendiri.aku takut masa depan aku hancur jika BM aku B,atau  X LULUS.semuanya pasal "nervous".




alhamdulillah,keputusan BM aku menakjubkan.memang aku rasa semua ni berkat pertolongan ALLAH.
from there,i learned something.I hate nervous!so,pasni aku dah x nak nervous tahap dewa dalam apa2 hal.nervous sahaja bagus.tapi,jgn berlebihan.


so,aku pun wat la research,cari pengalaman sendiri macam mana nak sorokkan penyakit nervous ni.
bermula daripada test JPJ,diikuti pula interview maktab tadi.



i found a simple formula in how to overcome nervous.



.POSITIVE.



semat baik2 dalam minda anda utk jadi positif.


positif bahawa ALLAH akan bantu kita.
positif bahawa kitalah yg terbaik pada hari itu.
positif bahawa peperiksaan,pengawas,penemuduga,suasana masa itu adalah baik.


OTAK NI HANYA KITA SAHAJA YG DAPAT MENGAWALNYA,DGN IZIN ALLAH.


selain itu , apa yang aku amalkan utk hilangkan nervous ni:


-baca selawat banyak kali,diikuti dgn surah2 kecil yg pernah dihafal.
-baca dan ulang sebyk mungkin:"la takhof wa laa tahzan,innallaha ma'aana"(maksudnya:jgn takut sedih,sesungguhnya ALLAH bersama kita)
-baca "allahumma yasir wa laa tua'assir"(maksudnya:Ya ALLAH,mudahkan jgn susahakan.)
-ingat ALLAH BYK2.
-katakan pada diri sendiri:"AKULAH YG TERBAIK PADA HARI INI"
-lastly,jgn lupa utk SENYUM.senyum akan menyebabkan badan kita terangsang utk gembira di mana hormon adrenaline dikeluarkan.



senyum semasa nervous,memang nampak macam x ikhlas,macam pelik.tapi,lama2 bila kita tersenyum,insyaALLAH,kita akan lupa yg kita nervous.malah kita akan jadi positif.SUBHANALLAH!




senyum,jgn malu utk senyum.
p/s:gambar sekadar hiasan,harap anda dapat atasi rasa nervous.