# apa reaksi sepatutnya apabila kita dipuji?



*oh no, mummy. he praised me! weehuu!



Dalam kalangan kita,mungkin ada yang suka memuji diri sendiri(tanpa disedari!).Sekiranya orang lain tidak memuji,dia akan puji dirinya sendiri.

“Memang aku bagus pun!”

Namun,jangan diamalkan sentiasa.Ia hanya memakan diri!

Dalam kalangan kita,ada juga yang bersikap suka merendah diri. Apabila dipuji,dia selalu menepis.

“Eh,awak ni pandai la!”

Jawabnya, “Tak adalah,saya ni bodoh jer! awak lagi pandai..”

Keadaan seperti ini umpama menghina diri sendiri. Siapalah dalam dunia ini yang suka dihina? lebih-lebih lagi oleh diri sendiri?

Jika orang lain menghina,kita pasti berasa marah. Tetapi,bila ada orang yang memuji dan memberi penghormatan, mengapa pula kita sendiri yang lebih-lebih menghina diri sendiri? 
Kalau menonton cerita-cerita ‘mat salleh’,cuba perhatikan bagaimana budaya yang mereka bawakan. Watak jahat sememangnya bukan contoh yang baik. 
Tetapi,watak-watak baik dalam perbualannya selalu menyebut ungkapan yang saling menghargai.Iaitu menghargai orang lain dan juga diri sendiri.

Apabila salah seorang memuji, “Hey,you look so nice and pretty.”

Dia akan menjawab dengan positif, “Oh,thank you.You too.” 
Ataupun dia hanya menjawab, “Really??"dalam nada yang gembira. 

Masyarakat kita ,apabila dipuji, “Wow,awak ni baik dan cantiklah.”
Jawapannya pasti lebih kurang seperti ini, “macam ni cantik ke?mata awak rabun kot.”
Ataupun dia menepis, “Tak adalah.Orang lain lagi cantik.”

Nampak perbezaannya ?

Ada orang kata,puji itu membunuh dan kutukan itu pula teguran. 
Tetapi jenis yang bagaimana? Kita perlu faham betul-betul.
Memuji perkara yang tidak layak dipuji itulah sebenarnya yang membunuh kerana itu membuatkan diri kita susah meningkat. Sikap buruk kita mudah timbul apabila tidak sedar kelemahan diri dek pujian yang tidak kena pada tempatnya.

Betulkah kutukan itu suatu teguran? Kutukan itu dosa dan menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.Sepatutnya,yngkapan yang betul ialah  ‘kritikan membina’ ,bukan ‘kutukan’. Kritikan membina adalah bagus dan dapat meningkatkan prestasi seseorang.


Apakah perbezaan antara mengutuk dengan kritikan membina?  


Mengutuk itu hanya menyebut-nyebut keburukan. Sedangkan kritikan membina itu adalah menyatakan keburukan ataupun kesilapan dengan cara yang baik,seterusnya,memberi cadangan ataupun mengajar apakah pembetulan dan hal yang  sepatutnya dilakukan.

Ungkapan dan saranan kepada diri mempunyai kesan secara halus pada pemikiran kita. Seterusnya,pemikiran itu akan menterjemahkan seribu satu makna kepada tingkah laku kita. Sebagai contoh,ada satu permainan psikologi yang membuktikan  hal ini. Iaitu percubaan menekan tangan yang didepakan oleh seseorang supaya ia jatuh ke bawah. Pertamanya, rakan kita mengangkat tangan ke hadapan dan mengeraskannya sekuat mungkin,dengan mudah kita dapat menekannya denagn satu jari supaya jatuh ke bawah. Setelah itu rakan kita diminta untuk mengulang ungkapan  ‘SAYA KUAT’ sebanyak  mungkin. Akhirnya,kita tidak lagi mampu menekan tangannya ke bawah ataupun kita sendiri yang dapat merasai kekuatan yang berbeza.

Oleh itu, apabila dipuji ataupun diungkapkan dengan perkataan-perkataan yang baik, 
jangan sombong dan bongkak. Tetapi jangan lupa menghargai dan menerima anugerah penghargaan yang diberi.Terima dengan positif.

Jangan menepis dan jangan sampai lebih teruk lagi sehingga menghina dan 
menjatuhkan harga diri sendiri. 
Ucaplah syukur dan berterima kasih. 
Apa salahnya sekiranya menerima pujian,selepas itu kita puji kembali sebagai balasan yang baik.
Semoga kata-kata dan ungkapan yang baik menjadi doa buat diri kita.
Aminkan dalam hati.
Mudah-mudahan apa orang puji kepada diri kita mendorong peningkatan seterusnya. 
Mohon dijauhkan sifat riya’,sombong dan takabbur. 

Amalkan sikap ‘memberi dan menerima’(give and take). 

*coffee & pasta. Semoga bermanfaat utk kita perbaiki diri.

No comments:

Post a Comment