Kapsul Hati: Kisah Bilal dan Amalannya


alhamdulillah, setelah lama menanti saat utk menitipkan perkongsian akhirnya jemari yg kerinduan dapat menari2 atas keyboard. (^^)

jelas kedengaran tazkirah selepas maghrib td, walau dari ruang dapur rumahku. rumahku terletak tak jauh dari masjid. dan selalunya, bila ada ceramah, atau kuliah, pihak masjid akan pasang pembesar suara yg mana jiran2 tetanggaku turut dapat menghayati perkongsian yg disampaikan.

begini kisahnya. kisah Bilal Bin Rabbah. muazzin pertama dlm Islam. dan beliau adalah salah seorang sahabat yg dijanjikan syurga. 

kata ustaz, sewaktu isra' mikraj Rasulullah SAW, baginda terdengar tapak kaki Bilal di dalam syurga. subhanallah. 

pernah tak tertanya2, kenapa Bilal dijanjikan syurga?

amalannya iaitu sentiasa dlm keadaan berwudhu'.

mudah utk ditulis, tp tanyalah iman kita,
"senang tak nak maintain wudhu' dlm suatu masa yg lama?"

hmm....
"sy cuba insyaALLAH"

apa salahnya kan, kalau kita start dgn sesuatu yg mudah. dan katakan pd diri kita, kita nak istiqamah dgn amalan itu. biar amalan sedikit, tetapi berterusan aka istiqamah. cuba ingatkan balik diri kita, apa maksud istiqamah??
kata ustaz itu lagi,
"kalau kita batal wudhu', maknanya apa? maknanya kita dalam keadaan BERHADAS! hadas ni ada dua jenis, HADAS KECIL dan HADAS BESAR."

*tersentap. kenapa sebelum ni, aku tak terfikir sebegitu? maknanya, setiap kali kita batal air sembahyang, maka situasi kita adalah dlm keadaan berhadas?

jadi, supaya kita dlm keadaan yg bersih (nazhofah), maka dianjurkan utk mengambil wudhu'.
tak susahpun. tak lama pun. seusai ke tandas, singgah sat di sinki itk mengambil air sembahyang. pahala dpt, hati pun tenang.

yuk, kita amalkan sama-sama.
 kalau masuk syurga, biar ramai-ramai.
kalau bercinta, biar sampai ke syurga.
ah sayang sahabat-sahabat ah. <3

wassalam.







No comments:

Post a Comment